Kebersihan Bazaar Ramadhan Perlu Dipandang Serius

0
302
Hajah Jamilah sewaktu Majlis Perasmian Bazaar Ramadhan 1440H /2019 Anjuran Majlis Daerah Lundu, di Lundu semalam.

Lundu, 11 Mei 2019 (SNN)- Kebersihan Bazaar Ramadhan perlu dipandang serius oleh semua pihak. “Bazaar Ramadhan adalah satu keperluan menjelang Ramadhan dan ianya satu kemestian. Kerana itu kita berterima kasih kepada Majlis Daerah Lundu yang telah membuat yang terbaik dalam memastikan kita serius menjaga kebersihan Bazaar Ramadhan sepanjang bulan Ramadhan untuk penduduk di sekitar Lundu dan Sematan”.

Demikian ucapan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N3 Tanjong Datu, Datuk Amar Hajah Jamilah Haji Anu sewaktu Majlis Perasmian Bazaar Ramadhan 1440H /2019 Anjuran Majlis Daerah Lundu di Lundu semalam.

“Sekarang ramai yang memilih Bazaar Ramadhan sebagai alternatif bila terlalu sibuk dengan kerjaya dan tidak sempat bermasak untuk juadah berbuka puasa . Inilah nikmat bulan Ramadhan Al-Mubarak di mana kita berkongsi razeki antara penjual dan pembeli. Tidak lama lagi Perayaan Hari Gawai akan di sambut. Lebih ramai lagi yang akan balik ke kampung dan makin meriah lah bazaar Ramadhan kita yang akan dikunjungi pelbagai kaum yang mencari kuih, biskut dan sebagainya untuk sambutan perayaan”, katanya lagi.

“Gunakan media digital seperti Facebook, WhatsApp dan sebagainya untuk mempromosikan dan memberitahu orang luar apa yang kita jual dan yang terdapat di Lundu supaya orang tahu di mana untuk mendapatkannya”, tambahnya lagi.

Setiausaha Majlis Daerah Lundu, Puan Norashikin Brahim dalam ucapannya pula memberitahu ini merupakan kerjasama pertama kali bersama Jabatan Kasihatan Malaysia dalam program bazaar Ramadhan di mana setiap pengendali makanan wajib mengambil suntikan dan semua dibekalkan dengan kelengkapan topi dan apron sumbangan dari Petronas.

Hajah Jamilah memasang apron dan topi sumbangan Petronas kepada salah seorang peniaga Bazaar Ramadhan Lundu. Turut kelihatan Ranum Anak Mina serta tetamu jemputan yang lain

Menurutnya, sebanyak 112 kanopi telah disediakan di bazaar Ramadhan Pekan Lundu dan 25 di bazaar Ramadan Pekan Sematan. Di samping itu kempen kebersihan bazaar Ramadan peringkat PBT tahun 2019 turut diadakan dengan objektif untuk mengelakkan keracunan makanan, isu pembuangan sampah dan kebersihan keseluruhan bazaar.

Kaunter perkhidmatan oleh Majlis Daerah Lundu juga turut diadakan di tengah bazaar Ramadan itu untuk komuniti setempat mendapatkan maklumat.

Turut hadir pada majlis itu, ADUN N1 Opar Datuk Ranum Anak Mina. Pegawai Daerah Lundu, Encik Gustian Haji Durani. Encik David James Albert dari Petronas Dagangan Berhad. Konselor Abdul Razak bin Abdul Wahab, konselor Benjamin Gersit Anak Jais dan konselor Fatimah Abdullah. Ketua-Ketua Jabatan serta penghulu-penghulu dan Ketua-Ketua Kaum dan Ketua – Ketua Masyarakat.

Hajah Jamilah turut meninjau ke tapak Bazaar Ramadhan Lundu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here