Kaya dengan sejarah yang unik, Mukah berpotensi dijadikan lokasi pelancongan

0
26
Keunikan yang ada di Mukah mendorong sektor pelancongan wajar dibuka di kawasan ini.

MUKAH, 21 NOVEMBER 2020 (SNN) : Daerah Mukah mempunyai sejarah serta tinggalan yang unik dan ianya berpotensi untuk dijadikan sebagai produk pelancongan ni negeri Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Yussibnosh Balo berkata, daerah Mukah mempunyai banayak tinggalan-tinggalan sejarah yang unik seperti jerunei, kubur tergantung, permainan tradisional yang boleh menarik perhatian pelancong luar.

“Di samping itu juga, Mukah turut juga mempunyai dua orang pengusaha muzium seperti di Lamin dan Sapan Puloh,” katanya ketika berucap dalam Perasmian Bengkel Pelan Perancangan Strategik Pelancongan Bahagian Mukah Siri 1 pada Jumaat.

Tambah beliau, industri pelancongan bukan sahaja memberi pendapatan kepada pengusaha produk dan perhotelan namun sekaligus memberi input kepada orang luar berkenaan keunikan yang ada di kawasan Mukah seperti keunikan budaya, tempat menarik, permainan tradisional dan sebagainya.

Turut hadir sama dalam majlis itu, Residen Bahagian Mukah, Hamdiah Bakir.-Sumber Ukas.

ADUN Tellian bergambar bersama-sama peserta yang hadir menjayakan bengkel pada Jumaat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here