More
    Home Dipercayai kemurungan, lelaki OKU maut terjatuh dari tingkat tiga di pusat beli...

    Dipercayai kemurungan, lelaki OKU maut terjatuh dari tingkat tiga di pusat beli belah

    KUCHING, 22 NOVEMBER 2020 (SNN) : Seorang lelaki berbangsa Cina dipercayai maut selepas terjatuh dari tingkat tiga di Pusat Beli Belah, Viva City, di sini sekitar jam 1 petang semalam.

    Menurut Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching, ACP Awang Din Awang Ghani, mangsa, 30 tahun, merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dikatakan mengalami masalah kemurungan sebelum bertindak terjun dari tingkat tiga bangunan itu.

    “Akibat dari kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan patah kaki kiri sebelum disahkan maut oleh doktor yang merawat mangsa di Hospital Umum Sarawak (HUS).

    “Menurut ahli keluarga mangsa, mangsa pernah menerima rawatan di Hospital Sentosa akibat masalah mental,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

    Mangsa disahkan maut ketika mendapatkan rawatan di HUS.

    Ujarnya, dalam kejadian itu tiada unsur jenayah dikesan dan kes di siasat sebagai mati mengejut.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kereta terjunam di Sungai Sarawak, mayat mangsa berjaya diselamatkan.

    0
    KUCHING, 25 FEBRUARI 2021 (SNN) : Mayat seorang wanita berusia 70 tahun yang terjunam bersama kenderaannya di bawah Jambatan Satok pada jam 10.36 pagi...