Bangunan JAIS Bahagian Serian beri manfaat dan dakwah kepada komuniti di kawasan sekitar

0
26
Yang DiPertua Majlis Islam Sarawak melihat pelan projek pembinaan masjid di tapak bangunan lama masjid An Nur

SERIAN, 21 NOVEMBER 2020 (SNN) : Projek pembinaan bangunan Jabatan Agama Islam (JAIS) Bahagian Serian yang dijangka siap pada pertengahan Disember 2020 ini bakal memberi manfaat kepada komuniti Islam dan masyarakat lain amnya dalam memberi dakwah berkaitan agama Islam.

Yang DiPertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha berkata, usaha pembinaan bangunan JAIS oleh pihak majlis Islam dan jabatan agama itu bertujuan untuk memberikan khidmat dakwah, kaunseling dan bahagian nikah kepada penduduk sekitar khususnya umat Islam.

“Turut berada bersebelahan bangunan itu nanti adalah Bangunan Baitulmal bagi memudahkan urusan pembayaran zakat, pengagihan zakat, dan sebagainya.

“Di samping itu, kita turut akan membina sebuah masjid yang disertakan dengan dewan serbaguna untuk aktiviti keagamaan yang dijangka siap pada Mei 2023 kelak,” kata beliau semasa melakukan lawatan ke tapak Masjid-Masjid di Bahagian Serian pada Jumaat.

Dalam masa yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus turut hadir bersama-sama melihat perkembangan tapak projek pembinaan Masjid An-Nur Sg Buluh serta menyampaikan sumbangan kepada lima penerima.-Sumber Ukas.

ADUN Bukit Semuja bergambar bersama Datu Misnu dalam semasa lawatan ke tapak projek

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here