More
    Home 180 penghuni hilang tempat berteduh dalam satu kebakaran di Sri Aman

    180 penghuni hilang tempat berteduh dalam satu kebakaran di Sri Aman

    SRI AMAN, 17 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Kira-kira 180 penghuni Rumah Panjang Naga Tagee, Rasau Engkilili, Sri Aman hialng tempat berteduh selepas terlibat dalam satu kebakaran di sini semalam.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian itu kira-kira jam 5.13 petang sebelum mengerahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) ke lokasi.

    “Sepasukan anggota bomba dari BBP Betong dan Pasukan Bomba Sukarela Engkilili turut dikerah bagi membantu memadam api kebakaran.

    “Setibanya di lokasi, pihaknya mendapati bangunan rumah panjang itu telahpun musnah 100 peratus yang melibatkan bahagian ruai dan ruang tamu berkenaan, manakala bahagian dapur dapat diselamatkan apabila terdapat ruang pemisah diantara dapur dengan ruang tamu yang terbakar,” katanya dalam satu kenyataan.

    Rumah panjang didiami kira-kira 18 pintu itu musnah sepenuhnya di bahagian hadapan dalam satu kebakaran

    Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan siasatan punca kebakaran masih dijalankan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...