More
    Home JKM Sri Aman serah bakul makanan kepada penduduk di kawasan PKPD

    JKM Sri Aman serah bakul makanan kepada penduduk di kawasan PKPD

    SRI AMAN, 20 FEBRUARI 2021 (SNN) : Sebanyak 100 set bakul makanan diagihkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sri Aman kepada penduduk di kawasan Rumah Panjang Let Selindong Ili Engkilili pada Jumaat.

    Penyerahan bakul makanan yang melibatkan beberapa pegawai JKM dibantu JKKK rumah panjang dilakukan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat selepas kawasan rumah panjang berkenaan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

    Susulan peningkatan kes positif wabak Covid-19 di kawasan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengumumkan PKPD selama 14 hari bermula 18 Februari hingga 4 Mac 2021 dan dikawal ketat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan negeri terus komited membangun dan menyediakan keperluan sekolah di Bahagian...

    0
    LIMBANG, 27 FEBRUARI 2021 (SNN) : Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus komited membangunkan dan memberi kemudahan ke atas...