More
    Home Bermula sebagai peniaga kuih kini anak Felda bergelar jutawan

    Bermula sebagai peniaga kuih kini anak Felda bergelar jutawan

    TERENGGANU, 21 FEBRUARI 2021 (SNN) : Ramai anak Melayu pada masa kini mula menceburi bidang perniagaan dan hampir kebanyakan darinya telah berjaya sehingga membina empayar perniagaan sendiri tidak hanya mampu memasuki pasaran dalam negara malah ada yang mampu mengeksport ke negara-negara jiran.

    Dedikasi seorang usahawan wanita berasal dari negeri Terengganu yang merupakan seorang anak kelahiran peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang mula menceburi dalam bidang perniagaan kuih keria sejuk beku mampu menjadikan beliau sebagai seorang jutawan wanita yang berjaya.

    Suhailah Mohamad, 47 tahun, berasal dari Felda Kerteh 3, mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan membuat kuih keria sejak 7 tahun lalu yang bermula dengan menjual di tepi jalan dan kini memiliki kilangnya sendiri yang memproses kuih keria sejuk beku.

    Menurutnya, beliau pernah gagal dua kali dalam bidang perniagaan malah diisytiharkan muflis namun bangkit semula dengan mencuba membuka perniagaan kuih keria itu. Saat diisytiharkan muflis beliau hilang segalanya namun tekad yang dibawa mendorong beliau untuk mencuba membuka perniagaan tersbeut.

    “Pada awalnya saya membuat kuih keria dan sedekahkan kepada jiran-jiran serta jemaah masjid. Mereka memberitahu kuih yang saya buat itu sedap dan kerana itulah saya mengambil keputusan untuk mencuba menjual kuih berkenaan dan Alhamdulillah ia mendapat sambutan yang sangat baik dari pelanggan yang datang membeli.

    “Diawal perniagaan, saya hanya berbekalkan 10kilogram (satu beg) ubi keledek vitato syukur kerana rezeki itu tidak pernah salah alamat tidak sampai satu jam lebih jualan kuih keria sudah habis dan hal itu membuatkan saya untuk lebih bersemangat serta mencuba mengembangkan jualan kuih keria ini,” kata beliau ketika ditemui oleh media Sinar Harian di kilang pemprosesan keria sejuk beku di Felda Kerteh 3.

    Produk kuih keria yang dihasilkan oleh KVG Sdn Bhd.

    Tambah beliau, selepas beberapa tahun membuka perniagaan tersebut kuih kerianya menjadi viral dan kini kami menamakan kuih berkenaan dengan imej ‘Keria Viral Ganu’ yang mampu menambat hati pembeli di seluruh negara. Oleh hal itu, beliau menubuhkan syarikat sendiri iaitu KVG Juta Sdn Bhd dan membuka sebuah kilang pemprosesan kuih keria sejuk beku di Felda Kerteh 3 yang mampu menggaji 50 pekerja daripada anak-anak peneroka.

    “KVG Juta Sdn Bhd kini memiliki 50 stokis di seluruh Malaysia sebagai wakil jualan yang mampu menjana pendapatan sebanyak RM2.2 juta setahun. Kini saya berhasrat untuk masuk ke pasaran pasaraya namun penghasilan stok kuih agak terhad ekoran bekalan bahan mentah iaitu ubi keledek vitato tidak mencukupi,” tambahnya lagi.

    Suhailah menganggarkan kilangnya memerlukan kira-kira 1.2 tan metrik ubi keledek vitato sehari bagi menghasilkan 22,000 kuih keria sejuk beku bagi pasaran seluruh negara. Bekalan bahan mentah berkenaan diperolehi daripada pembekal di Daerah Besut dan Setiu. Syarikatnya turut mengeluarkan produk ubi keledek rebus vakum yang sedia dimakan dan telah memohon sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memasarkan produknya ke luar negara.

    Jelasnya, bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan hendaklah berani dalam menghadapi apa jua sebarang kemungkinan sepanjang menceburi bidang tersebut. Seperti contoh yang dilihat kepada usahawan Suhailah tersebut, kita boleh melihat tidak mustahil dari jatuh bangunnya beliau kini mampu menjadi wanita berjaya dengan hanya menjual kuih keria yang dianggap sinonim dalam masyarakat kita.-SUMBER Sinar Harian.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Projek pintu air atasi masalah banjir di Kampung Lingga

    0
    LINGGA, 09 MAC 2021 (SNN) : Projek Pembinaan Pintu Air di kawasan Kampung Lingga yang sering mengalami masalah banjir setiap kali hujan dan fenomena...