More
    Home Sarawak Betong Lebih 400 pelajar Saratok yang akan menduduki ujian SPM ikuti majlis motivasi...

    Lebih 400 pelajar Saratok yang akan menduduki ujian SPM ikuti majlis motivasi secara maya

    SARATOK, 20 FEBRUARI 2021 (SNN) : Satu Majlis Motivasi, Solat Hajat dan bacaan Surah Yassin diadakan pada semalam secara maya melibatkan pelajar dari Daerah Saratok yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.

    Majlis yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kalaka, Datuk Abdul Wahab Aziz itu disertai lebih 400 orang peserta beragama Islam melibatkan pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabong, SMK BM Saratok, dan SMK Kalaka, Roban yang dihubungkan melalui aplikasi ‘zoom’. Acara majlis tersebut dimulai dengan solat hajat dua rakaat diuruti dengan bacaan Surah Yassin dan seterusnya ceramah mtovitasi berkaitan dengan persediaan menduduki peperiksaan awam SPM.

    “Program seperti ini sangat digalakkan dan saya menyokong majlis seperti ini diteruskan serta dikekalkan kerana kita melihat kepada kepentingan pendidikan yang terbaik untuk pelajar sekolah khasnya untuk anak-anak di luar bandar.

    “Kita ingin melihat pada masa akan datang lebih ramai lagi belia kita yang beragama Islam berjaya dalam bahagian pendidikan dan bidang-bidang profesional. Kita mesti ingat bahawa di Sarawak masyarakat Islam hanya 30 peratus daripada populasi oleh itu kita harus bergantung kepada pendidikan dalam memastikan kita boleh menunjukkan kepada masyarakat lain yang kita mampu menjadi pemimpin beragama Islam di negeri ini,” jelas beliau semasa ucapan perasmian Majlis Motivasi dan Solat Hajat secara Maya pada Jumaat.

    Ucapan perasmian YB Datuk Abdul Wahab Aziz yang disampaikan secara maya di kediaman beliau.

    Ujarnya, beliau berharap anak-anak Sarawak khususnya beragama Islam akan terus berjaya dan mencapai kecemerlangan dalam pendidikan agar dapat berbakti semula kepada negeri Sarawak dan masyarakat khasnya di kawasan luar bandar.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...