More
    Home JKKK Perlu Kuasai Kemahiran Pengurusan Dan Pentadbiran Dalam Menguruskan Hal Ehwal Kampung

    JKKK Perlu Kuasai Kemahiran Pengurusan Dan Pentadbiran Dalam Menguruskan Hal Ehwal Kampung

    KUCHING, 20 Julai 2019 (SNN)- Setiap Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut digesa kuasai ilmu dan kemahiran dalam bidang pengurusan dan pentadbiran kampung.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Yang Berhormat Dr Haji Hazland Abang Haji Hipni berkata ilmu dan kemahiran mampu memberikan corak pengurusan yang baik kepada pentadbiran kampung.

    “Ianya penting supaya JKKK memainkan peranan yang berkesan dalam menguruskan hal ehwal berkaitan hal ehwal kampung. Antara yang perlu diberikan perhatian ialah mengetahui selok belok pengurusan dan pentadbiran yang betul termasuk bidang dan skop tugas.

    “Paling penting, setiap JKKK perlu mempunyai profile kampung bagi membolehkan setiap data dan maklumat kampung disimpan untuk kegunaan masa akan datang,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas mengadakan sesi perbincangan bersama dengan JKKK Pine Villa, Taman Sepakat Jaya, Kampung Bako Hijrah dan Kampung Bako Hilir di Pusat Khidmat DUN Demak Laut, semalam.

    Tambah Dr Hazland lagi, pihaknya sangat memerlukan setiap JKKK mempunyai data dan maklumat berkaitan kampung supaya setiap bantuan yang akan diberikan kepada penduduk yang layak dapat diadakan.

    “Setiap tahun Pusat Khidmat DUN Demak Laut meminta JKKK mengemaskini data dan maklumat supaya ianya selari dengan keadaan di kampung itu.

    “Ini akan memudahkan data mereka yang layak menerima bantuan dan sumbangan dapat diperolehi dan diguna pakai mengikut keadaan semasa,” tambahnya.

    Sehingga kini, beberapa buah kampung telah mempunyai profile kampung yang telah dikemaskini setiap tahun dan membolehkan pihaknya menggunakan data dan maklumat tersebut untuk tujuan pengagihan sumbangan dan bantuan kepada penduduk kampung.

    Antara sebahagian JKKK yang hadir pada  sesi perbincangan bersama ADUN Demak Laut, Dr Hazland.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...