More
    Home Sarawak Samarahan Ibu Bapa Disaran Galak Anak-anak Sertai Aktiviti Sains dan Kejuruteraan

    Ibu Bapa Disaran Galak Anak-anak Sertai Aktiviti Sains dan Kejuruteraan

    SEBUYAU, 21.07.2019 (SNN)- Ibu bapa di kawasan Sebuyau disarankan untuk menggalakkan anak masing-masing menyertai aktiviti sains dan kejuruteraan.  Menteri Muda Jalan Pesisir Sarawak merangkap ADUN N.27 Sebuyau, YB Datuk Haji Julaihi Haji Narawi berkata demikian semasa merasmikan Majlis Penangguhan Kursus Robotik Anjuran Pusat Khidmat ADUN N.27 Sebuyau dengan kerjasama Persatuan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Sarawak, Majlis Guru dan Pengetua Zon Sebuyau dan Zon Sebangan (sebelah petang) bertempat di Dewan Pembangunan Sebuyau, semalam.

    Kursus Robotik ini melibatkan fokus kepada pengaturcaraan (programming) dan dibahagikan kepada tiga siri dan setiap siri memerlukan lima hari untuk disempurnakan.

    Menurut Julaihi yang juga merupakan Presiden Alumni UKM Sarawak, penganjuran Kursus Projek Pengaturcaraan Robotik ini telah memberikan pendedahan dan pembelajaran yang baharu kepada pelajar serta guru-guru di kawasan Sebuyau. Malahan dalam masa yang sama ia dapat melatih dan memupuk minat pelajar meminati bidang sains dan kejuruteraan.

    Justeru ibu bapa perlulah memberi sokongan dan galakan kepada anak-anak dalam menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, seperti aktiviti yang dianjurkan pada hari ini, tambah Julaihi. Beliau turut berharap dengan pendedahan sebegini, lebih ramai anak-anak di kawasan Sebuyau khasnya akan melihat bidang kejuruteraan dan sains sebagai pilihan mereka untuk masa depan, ujarnya.

    Seramai 72 orang murid dari 19 buah sekolah rendah dan menengah serta 24 orang guru dari sekitar DUN Sebuyau terlibat dengan kursus yang dikendalikan oleh Dr Nazrul, Pensyarah Kanan dari Fakulti Kejuruteraan UKM, Bangi serta dua orang pembantu beliau.

    Hadir sama Setiausaha Alumni UKM Sarawak Adnan bin Bukra, Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM Ir. Nazrul Anuar bin Nayan, Pegawai Daerah Sebuyau, Ajis Ahmad, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Masyarakat serta ahli-ahli Alumni UKM Sarawak.

    Julaihi semasa meninjau hasil penganjuran Kursus Projek Pengaturcaraan Robotik  Anjuran Pusat Khidmat ADUN N.27 Sebuyau dengan kerjasama Persatuan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Sarawak, Majlis Guru dan Pengetua Zon Sebuyau dan Zon Sebangan bertempat di Dewan Pembangunan Sebuyau
     

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Jangan gusar untuk mendaftar menerima suntikan vaksin Covid-19-Awang Tengah

    0
    LAWAS, 02 MAC 2021 (SNN) : Penduduk di Sarawak khususnya di kawasan Lawas dan luar bandar disarankan agar tidak perlu khawatir bagi mendaftarkan diri...