Persatuan Melayu Miri Muktamadkan Senarai Jawatankuasa Tadbir PMM Dalam Mesyuarat Agung

0
263
Mesyuarat Agung PMM yang diadakan 3 tahun sekali telah diadakan pada 29 Jun yang lepas

MIRI, 20 Julai 2019 (SNN) – Persatuan Melayu Miri telah memuktamadkan senarai Jawatankuasa Tadbir PMM dalam Mesyuarat Agung yang diadakan pada 29 Jun 2019 yang lepas. Seperti yang diperuntukkan dalam fasal 7(4) Perlembagaan Persatuan Melayu Miri, semua ahli Persatuan Melayu Miri telah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tiga Tahun sekali itu. Semua ahli tersebut termasuk dari sayap belia telah hadir dan berbincang seterusnya memilih barisan kepimpinan untuk kemaslahatan bangsa Melayu Miri.

Hasil mesyuarat tersebut, setelah dipersetujui ahli-ahli jawatankuasa yang dipilih semasa Mesyuarat Agung lepas ke atas pelantikan 5 orang pemegang jawatan secara lantikan, Senarai Jawatankuasa Tadbir PMM untuk sesi 2019-2021 telah dilengkapkan sepenuhnya. Senarai lantikan adalah seperti berikut :

YDP: Hj Radzali b Hj Alision 
TYDP: Pemanca Abg Mohamad b DS Abg Othman
NYDP: Hj Talhah b Mansur
NYDP: Hjh Bibi Sabariah bt Hj Ahmad 
Setiausaha: Hj Basar b Nasib
Penolong Setiausaha: Hj Sajali b Hj Kip 
Bendahari: Arman b Mulok
Penolong Bendahari: Abg Hj Sarkawi b Abg Hj Taufiq
Pegawai Perhubungan Awam & Seranta: Cr Warziedea bt Ahmad

AJK:
1. Hj Usop b Kian
2. Ustaz Drs Amin Wahid b Muslih 
3. Cikgu Sabri b Amin
4. Cikgu Khajijah bt Jair
5. Hartini bt Jailani
6. Afiqah bt Azahari
7. Cikgu Mohd Izzat Fariduddin b Hj Othman
8. Ahmad b Fadzil

Manakala 3 lagi jawatan sedang menanti kelulusan ROS adalah Setiausaha (Hal Ehwal Undang-undang), Setiausaha Penganjur dan Penolong Pegawai Perhubungan Awam dan Seranta.

Adalah diharapkan agar jawatankuasa tadbir ini dapat menjalankan tugasan yang diamanahkan dengan jujur dan ikhlas dan segala urusannya dipermudahkan oleh Allah SWT demi masa depan bangsa Melayu.

Antara ahli Jawatankuasa Tadbir PMM yang hadir dalam Mesyuarat Agung 3 tahun sekali

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here