KPM umum semua institusi pendidikan ditutup sehingga Disember 2020

0
95
Kementerian ambil keputusan itu ekoran peningkatan kes jangkitan covid-19 yang membimbangkan

KUALA LUMPUR, 08 NOVEMBER 2020 (SNN) : Berikutan negara dilanda gelombang ke tiga wabak Covid-19 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan semua sekolah di Malaysia akan ditutup mulai tarikh akhir persekolahan iaitu pada 17&18 Disember 2020.

Menerusi satu kenyataan rasmi KPM, pelaksanaan ini adalah selaras dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan kerajaan di seluruh Semenanjung Malaysia kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan, beberapa bahagian di Sarawak dan Sabah.

Pelajar asrama turut diarahkan untuk pulang ke rumah masing-masing dan perlu menunggu ibu-bapa untuk mengambil mereka.

Walau bagaimanapun, proses pengajaran dan pembelajaran akan dilakukan di rumah mengikut kesesuaian guru dan murid.

“KPM turut mengumumkan tarikh pembukaan semula sesi persekolahan pada 20 Januari 2021 dan sesi pembelajaran secara bersemuka akan dimulakan pada tarikh tersebut.

“Tarikh peperiksaan awam seperti SPM, SVM dan STAM turut dipinda dan akan dilaksanakan bermula pada 22 Februari 2021 manakala STPM pada 8 Mac 2021,” kata kenyataan itu.

Kenyataan media rasmi KPM

Pihak kementerian akan memaklumkan perincian bagi semua peperiksaan yang terlibat dalam masa terdekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here