[Skandal 1MDB] Watak-watak lain: Pak Arab dan Riza Abdul Aziz dalam skandal 1MDB.

0
243
Selain DS Najib dan Jho Low, terdapat beberapa individu penting lain yang terkait dengan skandal 1MDB di dalam dan di luar negara

Kuala Lumpur, 29 Mei (SNN) – Laporan media tempatan dan antarabangsa kini sangat memberikan perhatian terhadap DS Najib Tun Abdul Razak yang kini dianggap awam sebagai pelaku utama skandal kleptokrasi 1MDB.

Walau bagaimanapun, daripada satu sudut, terdapat beberapa individu penting lain yang juga menjadi ‘watak-watak utama’ dalam skandal kleptokrasi terbesar di Malaysia, 1MDB. Mungkin, kerana pengaruh kuat watak-watak ini, DS Najib Razak tidak dapat melakukan pertimbangan rasional membiarkan dana awam diseleweng bagi tujuan-tujuan tertentu.

Pendedahan oleh beberapa media tempatan dan antarabangsa memetik beberapa nama yang berkemungkinan terlibat dalam skandal ini selain Jho Taek Low dan DS Najib Abdul Razak, antaranya, Eric Tan Kim Leon, Mohamed Badway al-Husseiny.

Di samping itu, isu SRC International pula merlibatkan beberapa nama pengurusan 1MDB antaranya Datuk Paduka Ismee, Datuk Shahrol Azral, Vicent Koh dan Nik Faisal Nik Ariff.

Siri ini akan memaparkan peranan dua orang individu utama skandal 1MDB iaitu Khadem Abdullah al-Qubaisi dan Riza Abdul Aziz

Khadem Abdullah al-Qubaisi

Bekas Pengarah International Petroleum Investment Company (IPIC) juga merupakan antara individu yang terkait dengan skandal 1MDB.

Kontroversi penglibatan beliau dalam skandal 1MDB dilaporkan oleh Sarawak Repor pada September 2015 yang menyatakan sejumlah US$ 1 billion telah dibayar kepada 1MDB dan sejumlah US$ 3.5 billion lagi hutangnya dibayar oleh al-Qubaisi untuk pertukaran dengan beberapa aset 1MDB.

Lelaki arab tersebut juga terpalit dengan skandal 1MDB dalam isu pemberian US$ 1.45 billion daripada bond bernilai US$3.5 billion dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia menerusi 1MDB untuk membeli beberapa pusat penjanaan kuasa.

Selain itu, lelaki berusia 46 tahun ini juga dikehendaki pihak berkuasa Abu Dhabi kerana disyaki terlibat dalam pengubahan wang secara haram daripada 1MDB ke beberapa akaun peribadi pegawai kanan IPIC.

Menurut Reuters, al-Qubaisi pernah menyatakan bahawa dana berjumlah US$ 2.4 billion itu merupakan dana yang akan dimasukan ke dalam syarikat Aabar Investment. Walau bagaimanapun, siasatan mendapati dana berkenaan dimasukkan ke dalam akaun beberapa syarikat lain antaranya Aabar Investments PJS Ltd.

Perletakan jawatan beliau dan al-Husseiny dalam IPIC kemudianya mengakibatkan 1MDB perlu membayar bagi dua bon pada tahun 2012 dengan kadar faedah sebanyak 6 peratus dan mesti dibayar penuh pada 2022. Ini kerana semasa al-Qubaisi telah mengeluarkan jaminan berjumlah US$ 3.5 billion (RM15. 2 billion) bagi bon 1MDB.

Pada tahun 2016, kerajaan Amarika Syarikat telah memfailkan tindakan undang-undang untuk merampas sejumlah US $1billion dana daripada 1MDB dan al-Qubaisi bersama rakan arab lainya, al-Husseiny merupakan antara penama yang tertuduh dalam dokumen tersebut.

Akhbar Reuters melaporkan, beliau dituduh oleh Jabatan Keadilan Amarika Syarikat dengan pertuduhan “memberi dana kepada rakan konspirator untuk hidup mewah”. Berdasarkan rekod, pemfailan tindakan undang-undang terhadap syarikatnya merupakan kes dengan jumlah terbesar setakat ini.

The Malaysia Insight berkata, menurut perisikan Perancis, beliau kini di United Arab Emirates (UAE) dengan mendapat perlindungan daripada Mansour Zayed Al Nahyan, pengerusi IPIC kini yang juga saudara kepada Putera UAE, Putera Mohammed Zayed Al Nahyan.

Kerajaan Malaysia dilaporkan perlu membayar sejumlah wang bernilai berbillion ringgit ke atas IPIC bagi bon dikeluarkan dengan tarikh matang menjelang 2022.

Riza Abdul Aziz

Anak tiri DS Najib ini merupakan rakan baik kepada Jho Taek Low. Watak ini turut sama dilaporkan oleh akhbar berbelanja besar menyalah guna dana rakyat Malaysia bersumberkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Pengarah The Wolf of Wall Street dikatakan menggunakan dana sejumlah US$ 100 million(RM 390 million) untuk disalurkan bagi penerbitan filem “The Wolf of Wall Street”, “Dumb and Dumber To” dan “Daddy’s Home”.

Red Granite Pictures, milik Riza Abdul Aziz dilaporkan menggunakan dana 1MDB bagi tujuan penerbitan filem.

Pihak pendakwa telah memfailkan pembekuan harta sivil ke atas syarikat miliknya Red Granite Pictures semasa siasatan ke atas 1MDB bermula iaitu pada July 2016. Ia merupakan sebahagia usaha Jabatan Keadilan (Department of Justice) Amarika Syarikat mengembalikan sejumlah US$ 1billion (RM 3.9 billion) dana dituduh diseleweng daripada 1MDB.

Selain itu, beliau juga dituduh menggunakan dana 1MDB untuk membeli kondominium mewah berjumlah US$35mil (RM136 million) di New York, sebuah rumah mewah bernilai US$41.8mil (RM163 million) di kota London, dan sebuah banglo mewah di Beverly Hills bernilai  $US17.5mil (RM68 million).

Terbaharu, pada 7 Mach yang lepas, akhbar The Star melaporkan, syarikatnya telah bersetuju untuk membayar sejumlah denda sebanyak US$ 60 million (RM234 million) kepada kerajaan Amarika Syarikat atas pertuduhan mendapat keuntungan daripada skandal 1MDB. Ini berikutan tindakan wakil syarikat Riza Abdul Aziz, Red Granite Pictures telah memfailkan penetapan bersama dengan pasukan pendakwa bagi menyelesaikan isu berkenaan pada hari sebelumnya (6 Mac). Berdasarkan terma dipersetujui, Red Granite Pictures tidak akan memperakui sebarang salah laku dibuat dalam isu tersebut. Selain itu, syarikat milik anak tiri DS Najib diarahkan untuk membayar denda sebanyak US$30mil (RM117mil) dalam 30 hari, US$20mil (RM78mil) dalam tempoh 180 hari seterusnya, dan US$10mil (RM39mil) dalam tempoh 180 selepas pembayaran kedua.

Rakan baik Jho Low tersebut menyatakan, beliau sama sekali tidak pernah mengetahui bahawa wang yang digunakan untuk penerbitan filem syarikatnya merupakan dana dicuri daripada 1MDB.

Pada hakikatnya, orang-orang disekitar seseorang pemimpin sangat berperanan besar dalam mempengaruhi tindakan tanduk seseorang pemimpin. Namun, sebagai seorang Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi  DS Najib Razak perlu bertangungjawab ke atas tindak-tanduknya terdahulu termasuk tidak mengendahkan kebimbangan Tan Sri Dato’ Seri Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin & Datuk Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal.

Telahan mereka yang menyatakan isu 1MDB sebelum PRU-14 dilihat kecil mampu menjadi ‘The straw that broke the camel’s back‘ bagi Barisan Nasional nyata benar dengan kekalahan mengejut parti yang telah memerintah selama lebih 60 tahun itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here