Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS-BERNAS Kini Kembali Lagi

0
639
Abang Jo bersama tetamu yang lain turut sama membantu menyediakan bubur lambuk pada Majlis Perasmian Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS-BERNAS 2019

KUCHING, 13 Mei 2019 (SNN)- Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS-BERNAS kembali lagi sejak mula diperkenalkan sejak 16 tahun kini kembali lagi. Naib Presiden Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak  (SABERKAS) yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik Luar Bandar) YB Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata jerayawara tersebut merupakan satu lagi program kemasyarakatan yang melibatkan ahli-ahli SABERKAS di 60 cawangannya di seluruh Sarawak.

“Seperti sedia maklum, SABERKAS telah mengadakan pelbagai bentuk program sejak penubuhannya lebih 40 tahun lepas. Program-program anjuran SABERKAS ini telah berjaya menarik perhatian generasi muda daripada golongan belia.Pada tahun ini, kita telah memasuki tahun ke 16 penganjurannya dan telah diadakan di pelbagai tempat termasuk di Kota Samarahan, Serian dan kawasan-kawasan lain di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Perasmian Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS-BERNAS 2019 di Masjid Darul Hana, Jalan Tun Salahuddin, Sabtu lepas. Majlis telah disempurnakan Ketua Menteri Sarawak merangkap Presiden SABERKAS YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Abang Jo semasa berucap di Majlis Perasmian Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS-BERNAS 2019 di Masjid Darul Hana, Jalan Tun Salahuddin,Petra Jaya.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai memaklumkan penganjuran program ini membuktikan SABERKAS aktif dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan melibatkan seluruh rakyat di Sarawak.“Program ini merupakan pendedahan berterusan SABERKAS kepada generasi muda di negeri ini sekaligus merapatkan silaturahim tanpa mengira Islam mahupun bukan Islam menerusi aktiviti gotong-royong menyediakan bubur lambuk,” ujarnya.

Hadir sama Naib Presiden SABERKAS Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Setiausaha Agung SABERKAS YB Safiee Ahmad, Pengerusi SABERKAS Demak Laut YB Dr Hazland Abang Hipni, Pengerusi SABERKAS Saribas YB Razi Sitam, Pengarah BERNAS Datuk Ismail Yusuf, Pengerusi Yayasan Ikhlas Dato’ Mohd Rosli Ramli dan Ketua-ketua Masyarakat.

Dr Hazland yang juga Pengerusi SABERKAS Demak Laut turut membantu mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here