Pameran Pendidikan Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak di Sri Aman

0
64
Antara para pelajar yang datang ke Pameran Pendidikan Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak Ke-48 di Sri Aman.

Kota Samarahan, 15 Mei 2019 (SNN) – Pameran Pendidikan sempena Sambutan Hari Guru peringkat negeri Sarawak ke-48 telah diadakan selama dua hari bermula pada 9 hingga 10 Mei lepas. Perasmian pameran pendidikan ini telah disempurnakan oleh ADUN N31 Bukit Bangunan, Datuk Mong Anak Dagang pada Jumaat lepas iaitu 10 Mei 2019.

Tahun ini, Pejabat Pendidikan Daerah Sri Aman dan Pejabat Pendidikan Daerah Lubuk Antu telah dipilih menjadi tuan rumah bagi pameran pendidikan sempena Sambtuan Hari Guru peringkat negeri Sarawak ke-48 yang diadakan di Restoran Aden, Sri Aman.

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) turut tidak melepaskan peluang menghantar pasukan promosi untuk menjayakan pameran tersebut. Selain UNIMAS, turut menyertai pameran tersebut ialah para pempamer seperti pelbagai syarikat, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, Yayasan Sarawak, Bank Rakyat, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak, Kelab-kelab sekolah sekitar Sri Aman dan banyak lagi.

Kemeriahan pengunjung yang datang ke Pameran Pendidikan Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak Ke-48 di Sri Aman

Tugas guru masa kini dilihat semakin mencabar yang mana memerlukan kreativiti dan inovasi bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan kepada pelajar selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Bertemakan ‘Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi’, pameran ini diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada jasa guru yang telah banyak berkorban demi kecemerlangan pendidikan negara.

Selain pameran pendidikan, aktiviti lain yang turut diadakan seperti jualan buku, pameran motosikal berkuasa tinggi, dan sudut pidato.

Para guru merakamkan gambar kenangan bersama pempamer dari UNIMAS.
 
 
Jualan buku merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan sepanjang Pameran Pendidikan Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak Ke-48 di Sri Aman.
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here