Jenazah Michael anak Garing@Muhammad Arif selamat tiba di Sarawak

0
470
Jenazah Michael anak Garing @ Muhammad Arif Sufi

SIBU 24 Mac 2019 (SNN) – Michael anak Garing , warga Malaysia dari Sarawak yang telah disabitkan bersalah atas tuduhan melakukan pembunuhan  pada 2015 telah dihukum gantung di Penjara Changi, Singapura pagi semalam. Jenazahnya  tiba Lapangan Terbang Sibu hari ini sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Kapit.

Michael, dijatuhkan hukuman itu selepas disabitkan atas kesalahan membunuh oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 2015 dan sabitan berkenaan disahkan Mahkamah Rayuan pada 2017.

Michael, yang merupakan seorang daripada anggota geng rompakan di Jalan Kallang pada Mei 2010 telah menyebabkan kematian seorang pekerja binaan, Shanmuganathan Dilludurai dan tiga yang lain cedera parah. Dua orang lagi yang tertuduh, Tony Imba, dipenjara seumur hidup dan 24 sebatan manakala Hairee Landak, yang dijatuhi hukuman pada 2013, diarah menjalani hukuman penjara 33 tahun dan 24 sebatan.

Pada 20 Mac lepas, ibu bapa Michael, Ensiring anak Garman dan Garing anak Kanyan telah mengemukakan petisyen rayuan kepada Presiden Singapura agar nyawa anak mereka diselamatkan dan hukuman itu digantikan dengan penjara seumur hidup.

Menurut surat Michael kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, dia telah memeluk Islam pada 22 Julai 2015 ketika berada di penjara. Beliau telah memilih nama Muhammad Arif Sufi sebagai nama Islamnya. Beliau juga  memohon untuk dikebumikan secara Islam, dan mengaku telah mengamalkan ajaran agama Islam semenjak berada di dalam penjara Changi, Singapura.

Surat Michael kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here