More
    Home Sarawak Samarahan Jom Masuk IPT 2019 Zon Sarawak Teroka Kemasukan Peluang Pendidikan

    Jom Masuk IPT 2019 Zon Sarawak Teroka Kemasukan Peluang Pendidikan

    KUCHING, 23 Mac 2019 (SNN)- Jom Masuk IPT 2019 (JMIPT), yang akan diadakan di Zon Sarawak pada 23 hingga 24 Mac 2019 di Mydin Mall Petra Jaya bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang merupakan peluang untuk meneroka peluang pengajian ke peringkat tinggi yang ditawarkan di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

    JMIPT yang dulunya dikenali sebagai Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) merupakan “signature programme” Kementerian Pendidikan Malaysia dan selaras dengan gagasan KPM iaitu Sekolah Untuk Komuniti dan Universiti Untuk Masyarakat.

    Menerusi konsep KPM Turun Padang di dalam Jom Masuk IPT 2019, KPM mengutamakan tiga nilai dan budaya teras iaitu cinta atau kasih sayang (love), kegembiraan atau kebahagiaan (happiness) dan saling menghormati (mutual respect).

    Antara objektif JMIPT adalah untuk mempromosi serta menyebar luas maklumat mengenai program Pendidikan yang ditawarkan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan institusi lain bagi Sesi Akademik 2019/2020, mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan  ILKA melalui Upu Online dan menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan Kemasukan ke UA/Politeknik Premier yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

    Selain itu, JMIPT juga sebagai usaha untuk menyebarluas maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi dan pembiayaan bagi Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf di peringkat Pendidikan program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama serta Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia dan mempromosi serta menyebarluas maklumat mengenai UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dalam negara serta agensi lain yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.

    Zon Sarawak merupakan zon kelima JMIPT 2019 dengan melibatkan lebih 50 pempamer terdiri daripada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan IKLA dalam negara serta agensi lain yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.

    UNIMAS sekali lagi menjadi hos program untuk JMIPT 2019. Perasmian JMIPT Zon Sarawak kali ini dirasmikan oleh YBhg Datin Paduka Ir. Dr Siti Hamisah Binti Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pengajian Tinggi. Hadir sama pada majlis tersebut YBhg Tan Sri Datuk Panglima Sulong Bin MatJeraie, Pengerusi Lembaga Pengarah Unimas, YBhg Prof  Datuk Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi, Naib Canselor UNIMAS, serta ramai lagi jemputan dan tetamu yang lain.

    Antara pengisian aktiviti di sepanjang program berlangsung adalah seperti Forum Kebolehpasaran Murid yang diadakan serentak dengan pameran pendidikan berlangsung untuk pengetua-pengetua sekolah menengah di Sarawak, pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH),  semakan syarat khas kelayakan program ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA, taklimat kenali UA/Politeknik, Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, saringan kesihatan secara percuma kepada pengunjung oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS dan persembahan kebudayaan dan tarian serta persembahan nyanyian penyanyi jemputan iaitu Najwa Latif.

    JMIPT 2019 diadakan di enam zon bermula di zon Selatan iaitu di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Parit Raja, Batu Pahat, Johor pada 2 hingga 3 Mac 2019 dengan perasmian disempurnakan oleh oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee bin Malik.

    Lokasi JMIPT seterusnya diadakan di dua zon serentak iaitu zon Sabah di Waterfront Mall Kota Kinabalu Sabah dan zon Utara di USM Pulau Pinang pada 9 hingga 10 Mac 2019.

    Manakala lokasi keempat JMIPT 2019 adalah di zon Timur iaitu di Aeon Mall Kota Bharu Kelantan (16-17 Mac 2019), lokasi kelima di zon Sarawak iaitu di Mydin Mall Petra Jaya Kuching (23-24 Mac 2019) dan lokasi terakhir di zon Tengah di Maeps Serdang, Selangor pada 30 hingga 31 Mac 2019.

    JMIPT 2019 menyasarkan kumpulan pelajar yang sedang menduduki Pendidikan peringkat SPM / STPM / Matrikulasi / Asasi / STAM / diploma, calon lepasan SPM / STPM / Matrikulasi / Asasi / STAM / diploma dan lain-lain yang sedang menunggu keputusan, calon lepasan sijil dan diploma kemahiran Malaysia, guru bimbingan dan kaunseling, kaunselor, guru, Ibubapa dan penjaga dengan sasaran jumlah pengunjung adalah seramai 200,000 orang di seluruh negara.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...