More
    Home Agenda Warisan Pintar Old Kuching 2019 Meriahkan Waterfront

    Agenda Warisan Pintar Old Kuching 2019 Meriahkan Waterfront

    Kuching, 25 Mac 2019 (SNN)- Agenda Warisan Pintar Old Kuching 2019 akan memeriahkan Waterfront bermula hari ini. Kerajaan Sarawak, Old Kuching Smart Heritage, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Sarawak Multimedia Authority (SMA) menjemput semua warga Sarawak khasnya untuk datang beramai-ramai ke Waterfront Kuching untuk memeriahkan Agenda Warisan Pintar Old Kuching SMART HERITAGE AGENDA ‘Empowering Smart Community 2019  yang akan bermula 25 Mac 2019  sehingga penghujung Mac ini.

    Agenda Warisan Pintar Old Kuching 2019 menjadi lambang penyatuan warga Sarawak ke arah ekonomi digital dan usaha memelihara budaya warisan Sarawak. Sambil berhibur, pengunjung juga turut sama dibawa mengenali budaya warisan Negeri Sarawak yang unik dan menarik.  

    Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan antaranya adalah :

    1. Ceramah Perdana Bersama YBhg Dato’ Ustaz Kazim Elias (29 Mac 2019, Jumaat, 8.00 malam.

    2. Nightly Heritages Show ‘Unity in Diversity Heritage Show’ menampilkan persembahan daripada Kumpulan Tuku Kamek (25 Mac 2019), Kenangan Lalu Mengusik Jiwa (Jefydin, Nurafizah Busman, Frenaboys, O’Skool & Freanz dan Artis Budaya JKKN Sarawak (26 Mac 2019), Buluh Berkocak Band (28 Mac 2019) dan Malam 2 Budaya menampilkan Ir Radzi & Cita Citata (30 Mac 2019).

    3. Pameran dari jabatan dan agensi Kerajaan Sarawak (25 hingga 31 Mac 2019)

    4. Heritage Night Run 4km pada 30 Mac 2019, Sabtu, 8.30 malam

    5. Heritage Fun Ride 30 km pada 31 Mac 2019, Ahad, 7.00 pagi

    6. Heritage Water Sport antaranya pertandingan Tarik Tali Dalam Perahu pada 31 Mac 2019, Pertandingan Lumba Pumpski & Pumpboat pada 30 Mac 2019, Pertandingan Lumba Perahu Kenyalang pada 31 Mac 2019, Pertandingan Lumba Perahu Tambang pada 31 Mac 2019 dan Pertandingan Kayak 31 Mac 20019.

    7. Martial Art Competition pada 26 hingga 29 Mac 2019

    8. Kejohanan Street Soccer pada 25 hingga 31 Mac di Perkarangan Tempat Letak Kereta Masjid Bandar Kuching (India)

    9. Kiddies Corner menyajikan Pertandingan Creative 3D Art pada 30 Mac 2019, Sabtu dan Melukis Budaya Warisan pada 30 Mac 2019

    10. E-Games (e-sport pavilion) mempersembahkan Mobile Legends, Battlegrounds dan FIFA19 pada 25 hingga 30 Mac 2019

    11. Heritage Games (Permainan Warisan) pada 30 hingga 31 Mac 2019

    12. Old Kuching Heritage Amazing Races pada 31 Mac 2019

    13. Kuching Got Talent pada 30 hingga 31 Mac 2019

    14. Photo and Video Upload Contest pada 31 Mac 2019

    15. Speaker Corner pada 25 hingga 31 Mac 2019

    16. DJ Corner pada 25 hingga 31 Mac 2019

    17. e-Peraduan pada 25 hingga 31 Mac 2019

    18. Busking Marathon pada 25 hingga 31 Mac 2019

    19. Dapur Heritage pada 25 hingga 31 Mac 2019

    20. Food Truck pada 25 hingga 31 Mac 2019

    21. Flea Market pada 29 hingga 31 Mac 2019

    Perasmian akan disempurnakan Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada 27 Mac 2019, 8.30 malam.

    E-Games (e-sport pavilion) membawakan Mobile Legends, Battlegrounds dan FIFA19 pada 25 hingga 30 Mac 2019

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...