More
    Home Logo 1Malaysia mula diturunkan di beberapa cawangan UTC

    Logo 1Malaysia mula diturunkan di beberapa cawangan UTC

    Sibu, 18 Mei 2018 (SNN) –  Perubahan tampuk kepimpinan di Malaysia dalam PRU yang lepas telah membawa kepada perubahan segera dalam beberapa aspek termasuk penurunan logo 1Malaysia di beberapa buah banggunan kerajaan.

    Di UTC Sibu, gambar pemimpin yang diturunkan hari ini ialah potret gergasi bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Allahyarham bekas Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Adenan Satem tetapi

    Menurut peniaga di pasar tamu bandar Sibu, mereka tidak menyedari potret gergasi Datuk Seri Najib Tun Razak dan Allahyarham bekas Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Adenan Satem telah diturunkan semasa awal pagi.

    Sebelum itu, logo gergasi 1Malaysia di UTC Kuching telah diturunkan sekitar jam 10.00 pagi.

    Perubahan berkenaan berikutan arahan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengarahkan penurunan logo 1Malaysia, slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan‘ dan apa-apa bentuk slogan pemimpin terdahulu dalam urusan rasmi kerajaan.

    qhidirisa
    Journalis dan Editor Sarawak News Network.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Anak muda masa kini harus menguasai pelbagai bahasa dan punyai tahap...

    0
    LAWAS, 15 APRIL 2024 (SNN): Penguasaan terhadap pendidikan, kemahiran dan pelbagai bahasa amat ditekankan kepada anak-anak muda pada masa kini dalam menempuhi perubahan dan...