655 surat tanah Seksyen 18 KTN diserah kepada pemilik di Serian

0
107
Sekitar majlis penyerahan surat pemilikan tanah semalam di Serian

SERIAN, 08 OGOS 2020 : Sebanyak 655 surat tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (KTN) yang melibatkan keluasan seluas 893.52 hektar telah diserahkan kepada pemilik tanah bagi kawasan pembangunan SALCRA di wilayah Serian semalam.

Majlis penyerahan surat berkenaan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Unggah Embas.

Kawasan tanah yang terlibat adalah dari empat kawasan estet iaitu Estet Taee, Estet Kedup 1 dan 2, Estet Mongkos dan Estet Melikin. Kesemua estet berkenaan melibatkan 52 buah kampung.

Penduduk kampung yang hadir menerima surat hak pemilikan tanah

Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Pendidikan Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Dato Sri Michael Manyin Jawong, Duta khas Perdana Menteri ke Asia Timur yang juga Ahli Parlimen Serian, Dato Sri Richard Riot Jaem, Menteri Muda Pembangunan Tanah Adat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn, ADUN Kedup, Martin Ben dan ADUN Bukit Semuja, John Ilus.-Sumber Ukas. Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here