Jambatan Batang Rambungan Bernilai RM98.5 juta Hadiah Kerajaan GPS Kepada Warga Tanjong Datu

0
163
Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg semasa menyempurnakan Perasmian Projek Pembinaan Jambatan Rambungan

KUCHING, 25 November 2019 (SNN): Selepas ianya dibatalkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH), Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah mengambilalih dan membina Jambatan Rambungan untuk rakyat di kawasan DUN Tanjong Datu.

“Jambatan ini adalah satu daripada projek yang telah dibatalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan diambil alih oleh Kerajaan Negeri dengan kos hampir RM100 juta,” kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg selepas menyempurnakan Perasmian Projek Pembinaan Jambatan Rambungan, semalam.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg juga turut menyempurnakan upacara pecah tanah projek pembinaan jambatan itu di tapaknya.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg bersama pemimpin GPS yang lain disambut dengan persembahan kebudayaan

Sementara itu, Menteri Muda Insfrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Julaihi Narawi berkata projek ini menelan kos sebanyak RM98.5 juta dengan panjang keseluruhan 560 meter merentasi Batang Rambungan. Ia mempunyai dua lorong sehala serta tempoh disiapkan mengambil masa 36 bulan atau 3 tahun.

Ia akan menggantikan penggunaan feri yang menghubungkan Kuching-Lundu-Sematan. Berdasarkan rekod, jumlah kenderaan menggunakan feri berkenaan ialah 85 ribu unit purata sebulan. Projek ini antara projek dalam laluan Jalan Pesisir Sarawak, dan ia dibina dengan pembiayaan sepenuhnya menggunakan dana kerajaan negeri Sarawak.

Projek ini akan dibina oleh Precious Credence JV Ghezhouba Sdn Bhd. Projek pembinaan akan bermula pada 17 Disember 2019 dan dijangka siap dalam 36 bulan atau pada 16 Disember 2022.

“Lebih menarik lagi, jambatan ini akan menjadi ikonik di sepanjang Jalan Lundu-Sempadi-Kuching yang akan turut dilengkapi hiasan lampu seperti yang ada pada Jambatan Darul Hana,” ujar Julaihi.

Hadir sama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato Sri Dr Sim Kui Hian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Hajah Jamilah Haji Anu, ADUN Demak Laut Dr Haji Hazland Abang Haji Hipni, Ahli Parlimen Santubong Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuaku Jaafar dan pemimpin-pemimpin Kerajaan GPS lain.

Antara sebahagian tetamu yang hadir pada Majlis Perasmian Projek Pembinaan Jambatan Rambungan
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg juga turut menyempurnakan upacara pecah tanah projek pembinaan jambatan itu di tapaknya.
 
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here