More
    Home Sarawak Samarahan Kerajaan Sokong Pembangunan Usahawan Dan PKS Untuk Lebih Berdaya Saing

    Kerajaan Sokong Pembangunan Usahawan Dan PKS Untuk Lebih Berdaya Saing

    KOTA SAMARAHAN, 26 November 2019 (SNN): Kerajaan Sarawak sentiasa menyokong pembangunan usahawan dengan menyediakan dasar dan inisiatif pembangunan usahawan dan Pertubuhan Kecil dan Sederhana (PKS) yang lebih holistik, bersepadu dan bersasar.

    Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Haji Mohd Naroden Haji Majais berkata usaha ini dapat dilihat dengan pengumuman kerajaan yang menyediakan bantuan modal dan perkhidmatan dalam memulakan bidang perniagaan ini.

    “Pada tahun 2019 sahaja, sejumlah 164 program pembangunan PKS disediakan oleh pelbagai kementerian dan agensi dengan peruntukan RM13.7 billion, dan boleh memanfaatkan 555,408 penerima.

    “Daripada jumlah tersebut, 50 program adalah untuk usahawan Bumiputera, dan 14 program untuk usahawan belia dengan peruntukan RM245.6 juta untuk manfaat 29,687 usahawan.

    “Justeru, usahawan dan PKS hari ini perlu bertindak pantas dan bijak dalam mengambil peluang dan pelbagai program pembangunan dan skim bantuan yang ditawarkan kerajaan untuk memastikan keupayaan PKS dapat dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

    Teks ucapan beliau telah dibacakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Haji Hazland Abang Haji Hipni dalam Majlis Penutup Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 6.0 Tahun 2019 di Student Pavilion, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada Sabtu.

    Sehingga kini, Program TUBE telah menjana jualan terkumpul berjumlah RM123 juta yang dihasilkan peserta yang kini telah menjadi usahawan berjaya.

    Beliau turut menjelaskan modul latihan ini akan dimantapkan lagi sesuai dengan keadaan ekonomi semasa yang berteraskan digital dan Revolusi Perindustrian 4.0.

    “Modul latihan turut dimantapkan dengan mengambilkira cabaran ekonomi digital yang didominasikan oleh penggunaan teknologi, inovasi dan kreativiti serta kewujudan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0).

    “Ini bertujuan agar peserta akan dapat mengaplikasi dan menggunakan teknologi dalam membuat dan memasarkan produk yang ditawarkan,” ujarnya.

    Kedatangan Dr Hazland disambut meriah peserta dan jemputan pada Majlis Penutupan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 6.0 Tahun 2019 di Student Pavilion, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...