Pantai Damai FC Berpesta Gol Di Atas Padang Becak

0
295
Pantai Damai FC bergambar bersama YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & DBKU) dan Menteri Muda Utiliti Sarawak (Bekalan Air)

KUCHING, 25 November 2019 (SNN): Beraksi di atas padang becak tidak menghalang Pantai Damai Damai FC untuk berpesta jaringan dengan membelasah TSM dengan jaringan 13-0 dalam saingan K-League LSC Musim 2019 di Stadium Sarawak petang semalam.

Pesta jaringan Pantai Damai FC pimpinan Samsul Napiah bermula menerusi jaringan Mohd Syafiq Khairol Anuar pada minit ke-10. Penyerang sensasi Pantai Damai FC, Wan Badreen Wan Yusuf turut mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-15.

Gol ketiga Pantai Damai FC dijaringkan oleh Mohd Khairol Zaidi manakala Mohamad Hafiz Abu Bakar menjaringkan gol keempat pada minit ke-29.

Wan Badreen sekali lagi mengukir nama selaku penjaring pada minit ke-33 sebelum Syafiq menutup separuh masa pertama dengan jaringan keenam untuk Pantai Damai FC pada minit ke-45.

Masuk sahaja separuh masa kedua, Pantai Damai FC terus bernafsu memburu jaringan dan jaringan ketujuh diperolehi menerusi Zamani Joni pada minit ke-73. Shahrol Nizam Razali pula menjaringkan gol kelapan pada minit ke-78 manakala Massad Shah Syukri menjaringkan gol kesembilan pada minit ke-80.

Syafiq melengkapkan hatrik pada minit ke-84 sebelum Massad menjaringkan gol ke-11 pada minit ke-85. Gol ke-12 Pantai Damai FC pula dijaringkan oleh Shahril Nizam pada minit ke-87 sebelum Abang Mohd Hilmi Abang Othman menjaringkan gol ke-13 Pantai Damai FC menerusi tendangan penalti.

Samsul ketika ditemui selepas perlawanan melahirkan perasaan syukur atas kemenangan tersebut.

“Alhamdulillah ini merupakan kemenangan kelapan kita. Semua pemain memberi komitmen tinggi walaupun beraksi di atas padang becak,” katanya. Menurutnya, saingan masih sengit untuk merebut kejuaraan kerana jurang mata antara pasukan teratas agak rapat.

“Peluang untuk merangkul kejuaraan masih ada. Kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadapi perlawanan akan datang,” ujarnya.

Perlawanan lain menyaksikan KSK Satok menumpaskan Kuching U19 dengan jaringan 4-2 manakala Yayasan Sarawak menumpaskan Impiss FC 2-1.

Pantai Damai FC sebelum perlawanan bermula
Memanaskan badan sebelum perlawanan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here