Jalan Raya dari Nanga Semah ke Kampung Penasu Beri Faedah Kepada 6 Rumah Panjang dan 76 Buah Rumah

0
351
Julaihi semasa merasmikan pecah tanah Pembinaan Jalan Raya dari Nanga Semah menuju ke Kampung Penasu hari ini bertempat di Rumah Antan ak Ujieh, Nanga Semah.

DARO, 28 September 2019 (SNN)–  Jalan Raya dari Nanga Semah ke Kampung Penasu bakal memberikan faedah kepada enam buah rumah panjang dan 76 buah rumah sekitar Nanga Semah dan Kampung Penasu.

Pembinaan yang melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM45 juta akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan GPS Sarawak.

Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, YB Datuk Haji Julaihi Haji Narawi berkata demikain semasa Majlis Pecah Tanah Pembinaan Jalan Raya dari Nanga Semah menuju ke Kampung Penasu hari ini bertempat di Rumah Antan ak Ujieh, Nanga Semah.

Menurut Haji Julaihi yang juga merupakan ADUN N.27 Sebuyau, kos pembinaan jalan tersebut diluluskan di bawah bajet kerajaan GPS Sarawak. Keseluruhan kos pembinaan dan bayaran pampasan tanah serta kos kerja ukur tanah adalah sebanyak RM 45 juta.

Dan daripada kos ini sebanyak RM36 juta adalah untuk pembinaan jalan raya jenis R3 dua lorong sepanjang 10.5 KM manakala bakinya adalah untuk kos kerja kerja ukur tanah dan bayaran pampasan tanah yang terlibat di jajaran jalan raya tersebut.

Selain itu beliau turut menambah dengan adanya jalan ini nanti akan memberi faedah kepada enam buah rumah panjang sekitar Nanga Semah dan 76 buah rumah di Kampung Penasu.

Manakala seramai 800 orang penduduk mendapat manfaat menggantikan kemudahan pengangkutan sungai kepada jalan raya bila jalan raya ini siap kelak.Selain itu jalan ini nanti bakal meningkatkan aktiviti sosio ekonomi rakyat tempatan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah ADUN Daro, YB Shafiee Ahmad; Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Sarawak, Haki Kenil Jaraie; Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak, Chok Moi Soon; mantan ADUN Machan, YBhg Datuk Gramong Juna dan isteri, Dato Chaterine Gramong; Senator Dato Paul Igai, Pegawai Daerah Daro, Bujang Rahman serta ketua-ketua masyarakat setempat.

Julaihi disambut meriah oleh penduduk setempat semasa sampai untuk Majlis Pecah Tanah di Rumah Antan ak Ujieh, Nanga Semah
Julaihi semasa memberikan ucapan pada Majlis Pecah Pembinaan Jalan Raya dari Nanga Semah menuju ke Kampung Penasu hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here