More
    Home Lelaki ditangkap dengan 919.75 gram syabu

    Lelaki ditangkap dengan 919.75 gram syabu

    Kuching – Pihak polis memberkas seorang lelaki bersama 919.75 gram disyaki syabu di kawasan sebuah rumah dengan anggaran bernilai 185, 000 di Batu 7, Kota Sentosa semalam.

    Lelaki berkenaan memaklumkan bahawa beliau mendapatkan bekalan dadah tersebut daripada pembekal tempatan, menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan.

    Lelaki berusia 43 tahun tersebut kemudianya membawa pasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Padawan diketuai oleh Inspektor Tariq Nazmi di sebuah rumah di Lorong 3, Jalan Penrissen-Jalan Stakan.

    Hasil daripada pemeriksaan di kawasan rumah mendapati terdapat satu plastik berwarna biru berisi tong biskut berwarna kuning yang ditampal dan diletakan di kawasan rimbunan kayu di bawah pokok kelapa berhampiran kawasan rumah ditunjuk oleh suspek.

    Penemuan tersebut mendapati terdapat satu sampur warna coklat dan di dalamnya terdapat enam bungkusan plastik yang masa setiap satu berisi ketulan kristal disyaki dadah syabu dengan berat kasar keseluruhan 919.74 gram.

    Suspek yang mempunyai tiga rekod lampau dalam pembabitan dadah mengaku terlibat dalam pengambilan dadah kemudianya di bawa ke lokap Balai Polis Siburan untuk tindakan lanjut.

    Kes disiasat di Seksyen 39A1 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan satu kes di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

     

    qhidirisa
    Journalis dan Editor Sarawak News Network.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...