More
    Home Sarawak Bintulu Industri halal makin mendapat tempat dalam pasaran

    Industri halal makin mendapat tempat dalam pasaran

    BINTULU, 24 OKTOBER 2020 (SNN) : Industri makanan halal di Sarawak semakin diterima dan berpotensi tinggi oleh pengguna terutama dalam kalangan bukan Islam.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Majang Rengi berkata, usaha SEDC dalam mengetengahkan industri makanan halal melalui penganjuran kursus BeSS MeSTI halal adalah langkah yang tepat bagi meningkatkan penglibatan usahawan memperkenalkan produk halal mereka.

    “Mereka yang mengikuti kursus yang dianjurkan tersebut adalah lebih mudah untuk memproses mendapatkan sijil perakuan halal dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    “Manakala bagi mendapatkan kedua-dua sijil berkenaan mereka perlu mendaftarkan perniagaan mereka kepada pihak Pejabat Daerah, Majlis Daerah atau Jabatan Hasil Dalam Negeri,” katanya ketika berucap dalam majlis Perasmian Program BeSS MeSti Halal di Hotel Parcity Everly Bintulu pada Jumaat.

    Antara produk halal yang dipasarkan turut dipamer sepanjang program berlangsung.

    Tambahnya, pengguna masa kini semakin peka terhadap kualiti penyediaan makanan yang bersih dan berkualiti bukan sahaja dari sumber yang halal malah keyakinan terhadap kebersihan turut menyumbang kepada pelanggan yang berani untuk menggunakan produk yang dipasarkan.

    “Pengguna produk halal bukan sahaja dalam kalangan mereka yang beragama Islam bahkan ramai dari mereka adalah yang bukan Islam kerana keyakinan terhadap kualiti penyediaan makanan,” ujarnya.

    Turut hadir sama dalam majlis Timbalan Residen Bahagian Bintulu Hussaini Hakim, Pegawai Penguasa, Pejabat PPES Wilayah Bintulu Nordin Mus, wakil Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Asmawaty Ahmad, Pegawai Agama Islam Bahagian Bintulu Ustazah Ellysha Razali dan wakil Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Sylvester William Silan.-Sumber Ukas

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kereta terjunam di Sungai Sarawak, mayat mangsa berjaya diselamatkan.

    0
    KUCHING, 25 FEBRUARI 2021 (SNN) : Mayat seorang wanita berusia 70 tahun yang terjunam bersama kenderaannya di bawah Jambatan Satok pada jam 10.36 pagi...