Naik taraf Jalan Kuching-Samarahan atasi masalah kesesakan lalu lintas

0
131
Ketua Menteri merasmikan simbolik pecah tanah projek naik taraf Jalan Kuching-Samarahan

SAMARAHAN, 25 OKTOBER 2020 (SNN) : Pengguna jalan raya Kuching-Samarahan khususnya penduduk di sekitarnya bakal menarik nafas lega setelah kerajaan negeri mengumumkan akan menaik taraf Jalan Kuching-Samarahan yang melibatkan penambahbaikan sistem di lima bulatan serta lampu isyarat pintar.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pelaksanaan projek ini adalah janji beliau dua tahun lepas dan akan ditunaikan dalam masa terdekat yang melibatkan kos sejumlah RM47 dan dijangka siap sepenuhnya awal Januari 2022.

“Kesesakan yang sering berlaku di kawasan ini disebabkan oleh perancangan kerajaan dalam usaha membangunkan kawasan di sekitar Kuching dan Samarahan.

“Disebabkan itulah ramai yang mengadu berhubung kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di kawasan ini dimana orang Kuching yang datang ke Samarahan dan begitu juga sebaliknya mengambil masa yang lama untuk sampai,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah projek naik taraf lima bulatan Jalan Kuching-Samarahan, di Kampus Hub Kota Samarahan, semalam.

Pelan projek naik taraf di kelima-lima bulatan Jalan Kuching-Samarahan

Tambah beliau, Kota Samarahan yang sekarang adalah hasil bekas Ketua Menteri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mhmud yang menjadikan Samarahn sebagai kota ilmu dan ia membangun dengan pesat.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan pihaknya dalam perancangan untuk membuka jalan alternatif menerusi Jalan Kuching-Samarahan untuk terus ke Petra Jaya yang melintas kawasan Pusat Konvensyen Kuching Borneo (BCCK) seterusnya membina jambatan menyeberangi Sungai Sarawak.

“Langkah ini dilakukan bagi mengurangi semaksima mungkin masalah kesesakan lalu lintas khasnya di Jalan Kuching-Samarahan agar rakyat dapat menikmati keadaan yang kurang sesak pada waktu puncak seterusnya menjadikan Srawak kearah negeri yang serba maju di tahun 2030,” katanya.

Turut hadir sama dalam majlis Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 16 Muara Tuang, Datuk Idris Buang, ADUN N.17 Stakan, Datuk Amar Mohammad Ali Mahmud, ADUN N.24 Sadong Jaya, Ir Aidel Lariwoo, ADUN N.25 Simunjan, Awla Dris, Ahli Parlimen P. 197 Kota Samarahan, Rubiah Wang Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Datu Zuraimi Sabki dan ahli kenamaan yang lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here