More
    Home IGMS mohon kerajaan negeri segerakan lantikan Ahli Lembaga Hal Ehwal Islam dan...

    IGMS mohon kerajaan negeri segerakan lantikan Ahli Lembaga Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu Sarawak

    KUCHING, 18 OKTOBER 2020 (SNN) : Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) memohon agar kerajaan Sarawak menyegerakan proses pelantikan Ahli Lembaga Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu serta mewartakan adat Melayu Sarawak dalam institusi Mahkamah Bumiputera Sarawak.

    Pengerusi IGMS Datu Dr. Hj Sanib Bin Hj Said dalam satu kenyataan media rasmi menjelaskan, IGMS menoyokong penuh usaha kerajaan memperkasakan Mahkamah Bumiputera Sarawak tanpa mengetepikan mana-mana kaum Bumiputera di Sarawak.

    Sehubungan itu, amatlah wajar agar penggubalan dan penggazetan adat Melayu Sarawak disegerakan. Tugas ini hendaklah dimulakan dengan mengaktifkan Lembaga Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu sepertimana yang telah diperuntukkan dakan Seksyen 56 Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 yang bertujuan untuk membantu Majlis Islam Sarawak mengenai segala hal yang berkaitan dengan adat Melayu di Sarawak.

    Back

    2. Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan IGMS

    Hal ini telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan IGMS pada 17 Oktober 2020 sebagai satu usul yang penting telah diluluskan sebulat suara. Antara lain usul menggesa agar kerajaan di bawah pimpinan YAB Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengaktifkan segera Lembaga Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu dan melantik ahlinya dalam kalangan mereka yang benar-benar pakar dalam adat istiadat Melayu Sarawak yang merangkumi etnik Kedayan, Jati Miriek, Vae Segan, Narom, Dalit, Bakong.

    Etnik bumiputera yang lain seperti Iban, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu telah lam bernaung di bawah Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS) yang telah ditubuhkan oleh kerajaan. Ordinan MAIS telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada tahun 1977 dan dilaksanakan pada tahun 1979. Semenjak itu itu MAIS telah melantik ramai pegawai untuk menjalakan penyelidikan, penulisan dan pencetakkan adat istiadat mereka. Penerbitan ini telah diwartakan untuk dijadikan undang-undang yang memiliki kuasa undang-undang.

    Back

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...