More
    Home Sarawak Betong ADUN Saribas mohon kerajaan percepatkan naik taraf sekolah daif luar bandar

    ADUN Saribas mohon kerajaan percepatkan naik taraf sekolah daif luar bandar

    DEBAK, 17 OKTOBER 2020 (SNN) : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohamamad Razi Sitam memohon agar kerajaan beri perhatian segera terhadap sekolah-sekolah daif luar bandar dibaik pulih.

    Beliau berkata demikian ekoran keadaan Sekolah Kebangsaan Sebemban yang kini diambang ancaman hakisan tanah kerana berada berhampiran tebing sungai dan sangat membimbangkan terutama keselamatan pelajar dan pengajar.

    “Selain ancaman daripada hakisan tanah sekolah tersebut turut perlu dinaiktaraf dengan segera kerana keadaannya yang sangat daif dan usang,” katanya dalam Maajlis Penangguhan Rasmi Program Pemantapan Pemimpin SLT (SENIOR LEADER TEAM) Sekolah-Sekolah kawasan Saribas di Debak, baru-baru ini.

    Peserta yang hadir terdiri daripada tenaga pengajar

    Tambahnya, beliau turut sarankan agar pihak sekolah anjurkan pertandingan kekemasan sekolah atau kelas agar dapat mewujudkan suasana yang kondusif dan selesa.

    Dalam majlis yang sama, beliau turut menyampaikan sijil penyertaan serta sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (PIBG) SK Kampung Buda dan RM10,000 kepada Tabung Pendidikan Saribas melalui Projek Kecil Luar Bandar (MRP) serta RM3,000 masing0masing untuk setiap PIBG di sekolah kawasan DUN Saribas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    JKM Matu serah bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Matu

    0
    MATU, 23 JANUARI 2021 (SNN) : Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah (JKMD) Matu dalam usaha menghulurkan bantuan kepada kira-kira 16,000 ribu mangsa banjir yang terjejas...