Ibu-bapa disaran pantau tabiat anak-anak membaca dan penggunaan teknologi seimbang

0
189
Salah seorang pelajar yang berjaya menyambung pengajian ke IPT

KUCHING, 12 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah harus kekal dipupuk seiring dengan kemajuan teknologi masa kini melalui pengekalan pelaksanaan Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Hipni berkata, NILAM merupakan program terancang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan tujuan mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan ilmu.

“Ibu bapa disaran untuk pantau anak-anak agar meneruskan tabiat membaca yang kini dilihat semakin berkurang disebabkan pengaruh kepada teknologi digital.

“Langkah lebih baik adalah dengan menyelaraskan perkembangan teknologi dan tabiat membaca dalam diri anak-anak supaya keseimbangan terhadap ilmu ada seiring dengan proses pertumbuhan mereka,” katanya semasa melancarkan Program NILAM di Sekolah Kebangsaan (SK) Muhibbah Pending pada Selasa.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan dana tahunan kepada PIBG dan kepada dua pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi.-Sumber Ukas.

ADUN Demal Laut serahkan sumbangan tahunan kepada wakil PIBG

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here