Miliki ganja bernilai RM7,000 dua suspek ditahan di Kuching

0
93
Dadah yang berjaya dirampas oleh pihak polis

KUCHING, 12 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Pihak polis telah menahan dua lelaki tempatan di Jalan Matang Baru kerana memiliki ketulan mampat dadah ganja seberat 501 gram dengan nilai RM7,000, pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Supt Merbin Lisa berkata, kedua-dua suspek yang berusia 22 dan 28 tahun itu berjaya dicekup hasil maklumat risikan awal sebelum tindakan serbuan dilakukan ke atas mereka di lokasi sekitar jam 1.45 petang.

“Suspek mengaku memperoleh bekalan dadah berkenaan dari pengedar Semenanjung sebelum dibawa sendiri memasuki Sarawak melalui laluan udara.

“Kedua-dua suspek kini ditahan bagi meneruskan siasatan serta sebagai usaha untuk mengenal pasti punca asal bekalan dan juga mengesan pengedar lain yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan.

Hasil saringan awal air kencing turut mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis ganja namun tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

kedua-dua suspek ditahan dalam satu serbuan oleh pihak polis

Susulan itu, suspek kini ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh disabitkan kesalahan hukuman mati mandatori atau dipenjara seumur hidup dan dikenakan 15 kali sebatan jika didapati bersalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here