More
    Home Sarawak Kapit Kerajaan Sarawak fokus bangunkan ekonomi Belaga dalam bidang pertaniaan

    Kerajaan Sarawak fokus bangunkan ekonomi Belaga dalam bidang pertaniaan

    BELAGA, 13 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Kerajaan Sarawak sedang giat merancang pembangunan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air di Daerah Belaga.

    Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar) Datuk Liwan Lagang menjelaskan kemudahan jalan raya, bekalan elektrik dan air dalam perancangan dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat bermula dari Belaga ke Menjawah.

    “Dengan adanya infrastruktur berkenaan akan membolehkan kerajaan negeri memberi fokus ke arah mengangkat ekonomi penduduk di Belaga khususnya dalam bidang pertanian.

    “Perbincangan telahpun dibuat bersama pihak Jabatan Pertanian dan Kementerian Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah mengenai perkara tersebut,” katanya ketika hadir ke Program Agriculture Community Outreach (AgroCop) di Dewan Masyarakat Belaga semalam.

    ADUN Belaga hadir bersama agensi dan penduduk semasa program berlangsung

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga berkata, bermula tahun depan pihaknya mencadangkan untuk menggunakan dana dari Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) untuk membawa perubahan di bidang pertanian yang mana sebelumnya fokus kepada infrastruktur sahaja di daerah Belaga.-Sumber Ukas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...