Hampir 1000 Sertai Larian Keluarga Darul Hana 2019

0
536
Larian Keluarga Darul Hana 2019 mendapat sambutan yang meriah apabila hampir 1000 orang menyertai larian tersebut

Kuching, 19 April 2019 (SNN)- Hampir 1000 orang menyertai larian Keluarga Darul Hana 2019 apabila program ini memulakan acaranya yang pertama pagi tadi. Larian ini merupakan yang pertama kali dianjurkan sempena dengan Karnival Darul Hana. Para peserta yang mengambil bahagian bersama keluarga masing-masing berlari mengelilingi sebahagian perkampungan Seberangan Hilir.

Menurut  Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, larian Keluarga Darul Hana ini mampu menjadi pemangkin kepada gaya hidup sihat penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai. Beliau berkata, larian keluarga sebegini julung kali diadakan di Petra Jaya, dan program sebegini  boleh diadakan secara lebih kerap selepas ini. Malahan ini merupakan usaha penting untuk merapatkan silaturahim dan mengukuhkan sistem kekeluargaan, tambah beliau lagi.

Dr Abdul Rahman Junaidi sewaktu melepaskan peserta Larian Darul Hana 2019 di perkarangan Masjid Darul Hana semalam

“Ini merupakan antara larian keluarga terbesar di Petra Jaya. Dengan kejayaan hari ini, kita akan adakan larian seperti ini secara lebih kerap selepas ini”. Beliau berkata demikian selepas Larian Keluarga Darul Hana 2019 di sini, hari ini.

Peserta larian melalui jarak 3.5 kilometer bermula dari Masjid Darul Hana, Kampung Gersik, Kampung Sourabaya Ulu, Kampung Sourabaya Hilir dan Kampung Panglima Seman Ulu. Larian ini dianjurkan oleh Sarawak Energy, PELITA, Kenyalang Prodigy dengan kerjasama daripada Masjid Darul Hana.

Dr Abdul Rahman Junaidi bergambar bersama sebahagian peserta selepas selesai Larian Darul Hana 2019
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here