Bengkel Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem Based Learning, PBL) anjuran UNIMAS

0
75
Gambar berkumpulan peserta bengkel yang terdiri daripada ahli akademik daripada UNIMAS, UM, USM, UKM, UiTM serta universiti daripada Indonesia dan Thailand.

KOTA SAMARAHAN, 3 Oktober 2019 (SNN): Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Berjaya menganjurkan Bengkel PBL Group Dynamics and Case Design dari 2 hingga 3 Oktober 2019.

Bengkel dihadiri oleh lebih 60 ahli akademik daripada UNIMAS, UM, USM, UKM, UiTM serta universiti daripada Indonesia dan Thailand.

PBL adalah pendekatan pendidikan utama yang menggunakan masalah sebagai rangsangan untuk pembelajaran aktif dan kolaboratif. Pada tahun ini, PBL yang berasal dari McMaster University, Kanada genap meraikan ulang tahun tahun ke-50 penubuhannya.

Bengkel dikendalikan sepenuhnya oleh Prof. Dr. David Kwan yang merupakan pemimpin PBL terkemuka di Asia. Beliau adalah Profesor Emeritus Universiti McMaster telah menulis lebih daripada 300 artikel dan buku dalam sains kardiovaskular, pendidikan perubatan dan PBL.

Bengkel ini adalah kerjasama dengan UNIMAS Business School (UBS) dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Objektif-objektif bengkel adalah untuk meningkatkan kemahiran untuk melaksanakan PBL dalam pendidikan tinggi, melatih peserta dalam memudahkan kumpulan kecil PBL dan menulis kes-kes masalah yang baik.

Prof Dr David Kwan.

Perasmian bengkel disempurnakan pada 2 Oktober 2019 oleh Prof. Dr. Chew Keng Sheng, ketua Pendidikan Perubatan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Ucaptama disampaikan oleh Prof. Madya. Dr. William Lim selaku ketua sekretariat bengkel dan Penyelaras PBL di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Beliau berkongsi tentang impak revolusi perindustrian keempat kepada pendidikan tinggi Malaysia dan kedudukan PBL di dalam Malaysian Higher Education Framework 4.0. Prof Dr. David Kwan juga sempat menunjukkan PBL fasilitasi kumpulan kecil bersama enam orang pelajar perubatan.

Pada 3 Oktober 2019, para peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk mempelajari dengan mendalam bagaimana untuk merangka kes-kes masalah PBL. Para peserta berinteraksi bersama Prof. Dr David Kwan dan sesama peserta ketika mereka membahas pelaksanaan PBL sebagai strategi kurikulum untuk kursus mereka.

Sebahagian daripada peserta bengkel anjuran UNIMAS Business School (UBS) dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.
Prof Madya Dr William Lim (paling kanan) bersama peserta dari Indonesia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here