Enam Maahad Tahfiz Terima Sumbangan Daripada UNIMAS

0
253
Enam pusat tahfiz sekitar Kuching menerima sumbangan daripada UNIMAS pada Majlis Berbuka Puasa Perdana UNIMAS 2019( Foto: UNIMAS )

KOTA SAMARAHAN, 27 Mei 2019 (SNN)– Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) memberikan sumbangan kepada enam pusat  Maahad Tahfiz semasa Majlis Berbuka Puasa Perdana UNIMAS 2019 bertempat di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS, baru-baru ini.

Majlis Berbuka Puasa Perdana UNIMAS 2019 tersebut telah dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Tun Canselor UNIMAS, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib.

Dalam majlis tersebut, UNIMAS turut menyumbangkan bantuan kewangan kepada enam pusat Maahad Tahfiz sekitar Kuching dari Madrasah Jannatul Khairan, Madrasah Darul Uloom Islamiah, Madrasash Darul Uloom Al-Fatah, Pusat Pertubuhan Amal Kebajikan Abadi, Pondok Hidayatul Mubtadi’ien Wa Tahfidzul Quran Datuk Abdul Kadir Hassan dan Maahad Tahfiz Husnul Khotimah.

Majlis Berbuka Puasa Perdana UNIMAS 2019 turut dihadiri Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud serta isteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie serta tetamu jemputan yang lain (Foto : UNIMAS )

Turut menghadiri majlis berkenaan ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi, Ahli-ahli LPU, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Dekan-dekan, Timbalan-timbalan Dekan, Ketua-ketua Jabatan dan Kaum dari Kuching dan Samarahan, kakitangan dan pelajar UNIMAS dan lebih enam puluh pelajar dari pusat-pusat Maahad Tahfiz.

Tetamu kehormat dan tetamu lain, telah melakukan majlis berbuka puasa, solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta solat tarawih berjemaah.

Antara objektif majlis ini diadakan adalah untuk melahirkan semangat kekeluargaan dan kekitaan dalam kalangan warga UNIMAS serta masyarakat sekitar sekaligus membuka peluang untuk warga UNIMAS berbuka puasa bersama-sama pada bulan Ramadan ini.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi semasa memberikan ucapan pada Majlis Berbuka Puasa Perdana UNIMAS 2019 bertempat di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS ( Foto : UNIMAS )

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here