Sara Academy anjurkan Kursus Buat Duit dengan YouTube

0
332
Seorang fasilitator sedang menyampaikan kuliahnya. Gambar SMG

KUCHING, 27 MEI 2019 (SNN) –  Teknologi Internet yang menjadi paksi dunia digital menyediakan berbagai-bagai kemudahan global dan tempatan untuk pelbagai kegunaan. Negeri Sarawak ingin memanfaatkan teknologi ini di bawah kepimpinan Ketua Menteri, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Johari Tun Abang Openg semenjak memegang tampuk kerajaan setahun lalu.  Sehubungan itu, beliau telah mengujudkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan eDagang.

Kementerian ini diketuai oleh YB Datuk Seri Wong Soon Koh dan dibantu oleh YB Datuk Mohammad Naroden bin Majais sebagai Menteri Muda eDagang.

Beberapa tahun yang lepas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan eDagang telah memberi tumpuan memperkenalkan dan melatih usahawan-usahawan di seluruh Bahagian tentang edagang.  Kursus ini telah dikendalikan oleh Saramedia Global Sdn Bhd (SMG)yang telah berjaya membina sebuah platform edagang, www.produksarawak.com.

Pada tahun ini kursus pemasaran akan diberikan tumpuan pula. Salah satu kaedah pemasaran Internet adalah melalui YouTube.  Dari 24 hingga 26 Mei 2019, Sara Academydi bawah SMG telah menganjurkan Kursus Buat Duit Online: YouTube.  Kursus yang diadakan di Sara Academy Training Centre di Metrocity, Matang, Kuching. Seramai 27 orang yang terdiri daripada usahawan, blogger dan belia telah menyertai kursus yang julung kali diadakan ini.

Catherine (kiri ketiga) dari kementerian dan Rizwan (kiri keempat) bersama para fasilitator dan peserta. Gambar SMG.

Kursus Buat Duit Oneline:YouTubeberbentuk bengkel praktikal.  Para peserta telah diajarkan tentang beberapa softwares berkaitan dengan YouTube.  Ketua Pegawai Eksekutif, SMG, En. Rizwan Ederis berkata kursus ini mengajar secara praktikal Software OBS untuk membuat video live serentak di semua media sosial dan juga boleh memasukkan iklan.  Perkara lain yang digubal dalam kursus ini adalah: Membuat akaun YouTube, Mendaftar YouTube untuk Adsense, Mencari keywords utama dalam Google dan YouTube, Mendaftar affiliate dalam negara dan luar negara, dan Cara pemasaran link affiliate.

Peserta kursus sedang membuat tugas. Gambar SMG.

Rizwan berkata para peserta sangat berpuas hati dengan kaedah, kandungan dan pengajaran kursus ini oleh Sara Academy, SMG.  Mereka telah mencadangkan agar kursus peringkat tinggi dianjurkan pada masa akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here