Pasukan siasatan ditubuh kembali siasat 1MDB

0
232
Pasukan khas siasatan 1MDB dianggotai oleh (daripada kiri) bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail, bekas Ketua Persuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador.

Kuala Lumpur, 21 Mei (SNN) – Pejabat Perdana Menteri hari ini telah mengumumkan pembentukan satu pasukan khas bagi menyiasat skandal 1MDB.

Pasukan berkenaan akan dianggotai beberapa anggota pasukan siasatan terdahulu yang dipercayai ramai ditamatkan perkhidmatan kerana hendak melakukan pendakwaan ke atas Perdana Menteri Malaysia terdahulu. Antara ialah bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail, bekas Ketua Persuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed, bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador dan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang dilantik semula Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Dalam kenyataan dikeluarkan, Pejabat Perdana Menteri berkata,”Perdana Menteri telah bersetuju untuk membentuk satu Pasukan Khas 1MDB bagi menjalankan siasatan terperinci pengesanan dan rampasan aset serta pendakwaan terhadap individu-individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB”

Menurut kenyataan itu lagi, pasukan khas ini akan dianggotai oleh SPRM, Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia serta beberapa orang peguam berkepakaran dalam perkara-perkara berkaitan.

Tanggungjawab pasukan ini adalah untuk menyiasat keseluruhan aspek penyelarasan siasatan, pengesanan kewangan dan perolehan aset yang berpunca daripada salah salu dan penyelewengan yang berkemungkinan berlaku dalam syarikat 1MDB.

Pasukan ini juga dijangka mendapatkan kerjasama daripada pelbagai agensi keselamatan luar negara seperti Amarika Syarikat, Switzerland, Singapura, Kanada dan beberapa negara berkaitan.

Di akhir kenyataan yang dikeluarkan, kerajaan berharap pasukan khas ini akan mengadakan siatasan sepenuhnya, dan jika didapati terdapat jenayah berlaku oleh mana-mana individu dalam 1MDB, pendakwaan dilakukan tanpa mengira latar belakang individu. Usaha ini merupakan langkah kerajaan mengembalikan maruah negara yang tercemar serta aset-aset negara yang disalah guna dalam skandal kleptokrasi hasil salah laku dan penyelewengan dana 1MDB, tegas kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here