Durian kampung Sarawak setanding dengan Musang King

0
3843
Epy menunjukkan durian Raja Kuning. Gambar SNN.

Kuching, 2 Januari 2019 (SNN) – Musim durian kembali lagi di Bandaraya Kuching untuk kali kedua sejak bulan Disember 2019 hingga ke awal tahun 2020.  Durian kampung yang terlazat hanya boleh didapati di bandaraya ini dengan harga yang paling berpatutan.  Durian kampung di Sarawak setaraf lazatnya seperti durian musang king dan D24 di Semenanjung Malaysia.

Salah  seorang peniaga durian ialah Encik Epy 32 yang telah menjual durian selama hampir 20 tahun sejak berumur 13 tahun lagi.  Gerainya yang terletak di sebelah Pasar Raya e-Mart Matang Kuching. Gerai jualannya sering dikunjungi oleh pelanggan dari sekitar kawasan oleh warga bandaraya Kuching. Buah yang beliau jual adalah dari kawannya sendiri di Kampung Taiee, Serian.

Durian tembaga

            Buahnya yang manis dan berlemak menjadikan gerainya sering dikunjungi oleh ramai pelanggan. Pelbagai jenis durian yang beliau jual antaranya durian raja kuning, durian tembaga dan durian susu.

            Katanya “musim durian adalah musim yang paling menguntungkan  dengan bulan ini anggaran pendapatan seharinya adalah sebanyak RM8000. Pada bulan Ogos 2019 yang lepas jualannya pernah mencecah RM20,000 sehari hasil jualan durian di gerainya’.

            Selain menjual durian Encik Epy juga menjual tempoyak durian dan sagon kepada pelanggannya dan pembeli juga dapat membuka buah yang dibeli isinya sahaja secara terus digerainya.            Buah durian sememangnya buah kegemaran semua orang, jangan lepaskan peluang selagi musim masih ada. Sumbangan Nazrie

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here