Program ‘Jom Gunting Rambut’ DUN Demak Laut Sempena Buka Sekolah 2020

0
533
Dr Hazland semasa meninjau kerja-kerja menggunting rambut di Kampung Muara Tebas, Taman Sepakat Jaya dan Kampung Goebilt.

KUCHING, 02 Januari 2020 (SNN): Lebih 1,000 orang kanak-kanak meraih manfaat dalam Program Kembali Ke Sekolah 2020 ‘Jom Gunting Rambut’ yang diadakan baru-baru ini di beberapa buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Haji Hazland Abang Hipni berkata program ini merupakan program tahunan yang diadakan di kawasan DUN Demak Laut setiap kali pembukaan sesi baharu persekolahan. 

“Selain membantu meringankan beban ibu bapa dalam membuat persiapan anak-anak ke sekolah, program ini juga memberi peluang kepada belia yang berkecimpung dalam kerjaya gunting rambut di DUN Demak Laut menambah pendapatan mereka,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas meninjau kerja-kerja menggunting rambut di Kampung Muara Tebas, Taman Sepakat Jaya dan Kampung Goebilt.

Program anjuran SABERKAS DUN Demak Laut dan Pemuda PBB Demak Laut turut diadakan seluruh kampung di kawasan DUN Demak Laut antaranya Kampung Tabuan Haji Drahman 1 dan 2, Tabuan Dani, Tabuan Lot, Tabuan Tengah, Tabuan Hilir, Tabuan Lama, Pinggan Jaya, Muhibbah, Tanjung Bako, Taman Sepakat Jaya, Senari, Goebilt, Selabat, Muara Tebas, Hijrah, Bako Lot, Bako Hulu, Bako Tengah, Semilang dan Beradek. 

Menurut Dr Haji Hazland lagi, sambutan kali ini amat memberansangkan berbanding tahun lepas biarpun cuaca tidak menentu hujung tahun itu.

“Pada tahun ini sambutan yang diterima daripada kanak-kanak amat memberansangkan berbanding tahun lepas. Ada ibu dan bapa sendiri yang menghantar anak-anak mereka menggunting rambut biarpun terpaksa menunggu giliran. 

“Malah, mereka turut melahirkan terima kasih di atas penganjuran program ini dalam membantu meringankan beban ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai ke sekolah,” ujarnya.  Jika dahulu fesyen rambut ke sekolah hanyalah pendek dan kemas, tetapi kali ini pelbagai fesyen rambut pelajar kelihatan menarik dan nampak kemas yang menampakkan keyakinan kepada pelajar itu datang ke sekolah. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here