Penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah menyerikan Fiesta Countdown 2020 Sarawak

0
704
Bunga api di atas Jambatan Darul Hana, Kuching. Gambar SNN.

KUCHING, 1 Januari 2020 (SNN) – Sarawak menyambut ketibaan tahun baharu 2020 dengan  tembakan bunga api warna-warni dan persembahan khas penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah pada jam 12 tengah malam tadi. Sambutan kali ini telah dimulakan dengan persembahan tarian kebudayaan oleh pelbagai kaum dan pemuzik tempatan.  Dengan dilatarbelakangi Jambatan Darul Hana, Astana, Dewan Undangan Negeri dan Sungai Sarawak sambutan tahun ini dinamakan Fiesta Countdown 2020 yang bermula dari 19 hingga 31 Disember 2019.

Persembahan pentas Fiesta Countdown 2020. Gambar SNN

Walaupun cuaca sepanjang hari dan malam hujan namun orang ramai dari daerah lain, Semenanjung, Brunei dan Kalimantan Barat telah bertandang ke Bandaraya Kuching.  Dari tinjauan yang dilakukan semua hotel  yang berdekatan dengan Tebingan Sungai telah penuh sejak hari 27 Disember lagi.  Hampir lima ribu orang telah membanjiri Tebingan Kuching.

Antara yang terlibat dalam persembahan kebudayaan adalah Badan Seni Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (Badan Seni AKYBMS).  Badan seni ini telah mempersembahkan tarian Melayu Sarawak berjudul Tarian Astana Darul Hana pada 27 dan 31 Disember 2019.  Dengan konsep dan koreografi berdasarkan tamadun negeri Melayu Sarawak, badan seni ini telah sambutan yang luar biasa. 

Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Haji Abang Johari bin Tun Abang Openg, Ketua Menteri Sarawak merupakan tetamu kehormat sambutan tahun baharu ini.  Turut hadir adalah Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Karim bin Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan merangkap Menteri Belia dan Sukan Sarawak sebagai tuan rumah.

Abang Johari sedang menyampaikan ucapan perasmian. Gambar SNN.

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari dalam ucapan perasmian betapa beliau menghargai rakyat Sarawak di Tebingan Kuching.  Beliau “berbangga dengan penduduk Sarawak yang hidup bersatu padu tidak kira kaum dapat hidup harmoni”. Beliau juga sempat berkata bahawa “ekonomi Sarawak adalah yang paling A dan terbaik berbanding negeri-negeri yang lain” di negara kita. 

Selain itu juga berkata “kerajaan Sarawak memberi insentif kepada ibu yang melahirkan anak di Sarawak sebanyak RM450 tidak kira kaum”. Di samping itu beliau juga menyatakan potongan 70% bagi mereka yang hendak menyambung elektrik ke rumah.  Dengan yang demikian beliau telah melancarkan program Sayang Sarawakku bagi menanam semangat cintakan Negeri Sarawak. Tepat 12 tengah malam Ketua Menteri Sarawak merasmikan ambang tahun 2020 dengan menyaksikan persembahan bunga api yang penuh warna-warni sekitar 5 minit di kawasan Tebingan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here