DUN Demak Laut Bakal Menjadi Kawasan Penjanaan Ekonomi Komuniti Terbaik di Sarawak

0
198
Dr Hazland semasa mengadakan pertemuan bersama ahli-ahli akademik Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Pelajar Universiti Perancis, Pejabat Residen dan Pejabat Daerah Kuching di Pusat Khidmat DUN Demak Laut, semalam

KUCHING, 22 Jun 2019 (SNN)- DUN Demak Laut bakal menjadi kawasan Penjanaan Ekonomi Komuniti Terbaik di Sarawak. Justeru dalam usaha memperkasakan lagi ekonomi komuniti di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni mengorak langkah dengan mengadakan kerjasama bersama ahli-ahli akademik Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Pelajar Universiti Perancis,Pejabat Residen dan Pejabat Daerah Kuching di Pusat Khidmat DUN Demak Laut, semalam.

Menerusi kerjasama ini, suatu kertas kerja dan tindakan akan dilakukan dalam menjadikan kawasan Demak Laut ini sebagai salah satu kawasan penjanaan ekonomi komuniti terbaik di Sarawak.

Memperkasakan ekonomi komuniti kini menjadi agenda utama Dr Hazland dalam meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk sekaligus pendapatan penduduk di DUN Demak Laut.

Mempunyai keluasan yang luas dan terbahagi kepada dua zon iaitu Zon Bako dan Zon Tabuan menjadikan DUN Demak Laut mempunyai peluang cerah untuk dimajukan khasnya dalam memperkenalkan produk tempatan.

Selain itu, jika sebelum ini Demak Laut dikenali sebagai kawasan industri kini sudah tiba masanya kawasan ini turut juga mahu dikenali sebagai kawasan pembangunan ekonomi komuniti terbaik di Sarawak.

Menerusi pertemuan dan kerjasama ini, suatu kertas kerja dan tindakan akan dilakukan dalam menjadikan kawasan Demak Laut ini sebagai salah satu kawasan penjanaan ekonomi komuniti terbaik di Sarawak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here