Bandaraya Kuching Meriah Dengan Pelbagai Acara Menarik Sepanjang Julai

0
205
Karim Hamzah semasa sidang media mengumumkan pelbagai acara menarik sempena “Rainforest Fringe Festival 2019” atau RFF2019 yang akan dilancar pada 5 Julai depan

Kuching, 22 Jun 2019 (SNN)- Bandaraya Kuching akan menyediakan pelbagai acara menarik dan meriah sepanjang bulan Julai ini. Pelbagai acara menarik yang akan diadakan ini bersempena dengan Rainforest World Music Festival atau RWMF2019 yang akan berlangsung pada 12-14 Julai di Sarawak Cultural Village, Pantai Damai, Santubong.

Acara sampingan seperti “Rainforest Fringe Festival” akan berlangsung pada 5 – 12 Julai ini dan pelbagai aktiviti menarik di Borneo 744 di Bintawa, di Old Court House, bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama dan Kuching Waterfront Gardens.

Pada julung kalinya kita akan mengadakan acara “Rainforest In The City” atau RITC2019 yang akan berlangsung bertempat di Kuching Amphitheatre Jalan Taman Budaya mulai 2 Julai ini. Manakala acara “Rainforest Fringe Festival 2019” atau RFF2019 pula akan dilancar pada 5 Julai depan bertempat  di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di Petra Jaya. Sebuah pertunjukan fesyen akan turut diadakan pada malam yang sama dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan untuk hadir di majlis ini.

Lebih dari 30 aktiviti dan acara yang menarik akan berlangsung di RFF2019 yang memasuki edisi kedua kali ini. Semua adalah dijemput hadir untuk memeriahkan lagi acara acara menarik yang bakal berlangsung di sekitar Bandaraya Kuching.

Rainforest World Music Festival yang akan berlangsung pada 12-14 Julai di Sarawak Cultural Village, Pantai Damai, Santubong, Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here