19 PIBG Daerah Sebuyau Terima Geran MRP

0
490
Julaihi bergambar kenangan bersama tetamu pada Majlis Ramah Mesra Gawai Raya anjuran SK Tuanku Bagus Sebuyau

Sebuyau, 20 Jun 2019 (SNN)- Sebanyak sembilan belas buah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah rendah dari Daerah Sebuyau semalam masing-masing menerima berita gembira apabila bakal menerima RM10 ribu geran projek kecil luar bandar (MRP) setelah diumumkan oleh Menteri Muda Jalan Pesisir Sarawak merangkap ADUN N.27 Sebuyau, YB Datuk Julaihi Narawi semalam.

Dengan keseluruhan peruntukan sebanyak RM190,000 daripada geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP), Julaihi turut mengumumkan kelulusan geran yang sama sebanyak RM30,000 kepada PIBG SMK Sebuyau.

Berucap pada Majlis Ramah Mesra Gawai Raya anjuran SK Tuanku Bagus Sebuyau bertempat di Dewan Pembangunan Sebuyau, Julaihi turut mengumumkan bahawa sebanyak RM1.8 juta telah diluluskan oleh pihak kerajaan Sarawak bagi projek-projek pembesaran serta menaik taraf jalan masuk ke pekan Sebuyau termasuk jalan simpang baru menuju ke sekolah rendah SK Tuanku Bagus Sebuyau dan proses perlaksanaannya dikendalikan oleh pihak JKR Sarawak.

Kedatangan Julaihi disambut meriah tetamu yang hadir sama pada Majlis Ramah Mesra Gawai Raya bertempat di Dewan Pembangunan Sebuyau

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Batang Lupar, YB Dato Seri Hajah Rohani Abdul Karim; Pegawai Daerah Sebuyau Ajis Ahmad; Guru Besar SK Tuanku Bagus, Cikgu Masdar ; Pengerusi PIBG SK Tuanku Bagus, Hasbie Haji Ancheh dan beberapa jemputan lain.

Bercakap dalam majlis tersebut, Julaihi berkata sambutan perayaan di Negeri Sarawak sentiasa istimewa kerana ianya disambut dengan meriah oleh pelbagai lapisan kaum dan agama.

“Ini mengambarkan perpaduan dan keharmonian yang disemai di dalam jiwa setiap rakyat Sarawak. Dengan keadaan yang harmoni ini maka pihak kerajaan dapat fokus merancang serta melaksanakan pelbagai agenda pembangunan di seluruh pelusuk Sarawak khasnya kawasan luar bandar,” jelas Julaihi lagi.

Julaihi diiringi Rohani serta tetamu yang lain melawat ke gerai terbuka yang menghidangkan pelbagai juadah istimewa

Julaihi sempat beramah mesra dengan sekumpulan remaja yang menghidangkan pelbagai kuih muih tradisional dan moden

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here