More
    Home Sarawak Betong Pembinaan semula dewan masyarakat dan dewan sekolah SK Emplam, Kabong untuk keselesaan...

    Pembinaan semula dewan masyarakat dan dewan sekolah SK Emplam, Kabong untuk keselesaan penduduk

    KABONG, 26 NOVEMBER 2020 (SNN) : Projek pembinaan semula Dewan Masyarakat, Kabong yang akan menempatkan kapasiti yang lebih banyak akan dilaksanakan di tapak asal bangunan itu.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir semasa hadir sesi pembentangan itu berkata, projek berkenaan yang menelan kos sebanyak RM3.5 juta mampu menampung 500 orang dalam satu-satu majlis.

    Dalam sesi yang sama, turut dibentangkan rekabentuk pembinaan Surau Kampung Metang Disa yang telahpun dikenal pasti lokasinya dengan peruntukan pembinaan sebanyak RM1 juta dan mampu menampung 230 jemaah dalam satu masa.

    Tambah beliau, satu lagi projek di bawah RTP ADUN Kabong iaitu pembinaan Dewan Serbaguna SK Emplam, Kabong yang akan dibina di hadapan SK terbabit dengan jumlah peruntukan sebanyak RM300,000 dan mampu menampung kapasiti 300 orang dalam satu masa.-Sumber Ukas.

    ADUN Kabong hadir mendengar pembentangan rekabentuk projek yang akan dilaksanakan di kawsan DUN Kabong

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penduduk yang terjejas di kawasan PKP akan terima bantuan makanan dari...

    0
    KUCHING, 19 JANUARI 2021 (SNN) : Bahagian Sibu yang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga hujung Januari ini memberi kesan terhadap aktiviti...