DS Najib tiba di ibu pejabat SPRM

0
361
Siasatan kes 1MDB telah dibuka kembali dengan penubuhan pasukan khas diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri. Pesuruhjaya SPRM, dalam sidang media memaklumkan hasil siasatan akan lengkap dalam masa terdekat. (Ihsan foto Astro Awani)

Kuala Lumpur, 22 Mei (SNN) – Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada hari ini tiba di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 9.40 pagi tadi. Beliau didapati meluangkan masa hampir 5 jam di pejabat SPRM hari ini.

Beliau yang sebelum itu dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan siasatan SRC International hadir bersama pasukan peguam diketuai oleh Peguamcara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden. Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mengantikan Datuk Harpal Singh Grewal dan M. Athimulan yang menarik diri semalam.

Jumaat lepas, SPRM memaklumkan telah memberikan notis kepada DS Najib untuk hadir ke pejabat SPRM bagi membantu siasatan.

Semalam, rumah DS Najib di Jalan Langak Duta turut dikunjungi oleh pelajar-pelajar tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Dalam status laman facebooknya, beliau memetik ayat Al-Quran daripada Surah Anfal Ayat 46.

Berdasarkan fakta kes, SRC International adalah sebuah syarikat subsidari 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) yang terpalit dengan skandal pengubahan wang haram bernilai jutaan ringgit ke akaun DS Najib. Kes berkenaan disiasat berdasarkan Seksyen 30 Akta SPRM 2009.

SPRM pernah menemui bukti pada lewat 2015 berkenaan dengan RM42 juta dipindahkan dari bekas anak syarikat 1MDB iaitu SRC International ke dalam akaun Najib. Perkara itu didedahkan oleh seorang ahli panel yang menyiasat fail kes suruhanjaya tersebut iaitu Datuk Lim Chee Wee.

Namun cadangan SPRM untuk melakukan siasatan lanjut ditolak Peguam Negara, demikian kata Chee Wee kepada Reuters.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here