[ Skandal 1MDB ] Bagai babak filem James Bond

0
230
Bagi Datuk Shukri Abdull, pengalaman menyiasat skandal 1MDB merupakan pengalaman paling mencabar bagi dirinya.

Kuala Lumpur Bagai menonton filem James Bond, begitulah gambaran yang dapat diberikan semasa mendengar perkongsian daripada Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Mohd Shukri Abdull.

Beliau pada hari ini telah mengadakan sidang media dengan dihadiri oleh ramai wartawan daripada dalam dan luar negara bagi mendengarkan laporan terbaharu dan perkongsian pengalamannya dalam siasatan kes berprofil tinggi 1MDB.

Lantikan semula tanpa diduga

Di awal sidang media, beliau menceritakan perjumpaan beliau dengan Tun Dr Mahathir. Katanya, beliau tidak bercadang untuk mengambil alih jawatan Pesuruhjaya SPRM, namun, berubah fikiran semasa ditanya sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia.

So everybody was reject, jumpa PM one by one not by group ah. At first i want to tell Tun Dr Mahathir Mohamad I can’t accept the offer because first i rasa i dah bahagia hidup selepas retire yang kedua pasal dah tua, I rasa mcm itu and then Datuk Mustafar pun nak kasi pada i, i pun kata takpa lah we will make our plan how to convince Tun Dr Mahathir, bila i masuk saja Tun Dr Mahathir terus tanya i, do you accept my offer? besok kita start. So bila tanya tuan-tuan dan puan-puan my planned tak nak terima pun terus habis.”

Ujar beliau lagi, “Aku nak kata apa ni, nak kata dah tua , dia lebih tua daripada aku, nak kata i ni dah retired dia dah retired lama daripada i lagi. So i dah start thinking how nak bagi jawapan yang sesuai and i pun dah tidak ada idea. You know bila berdepan dengan Tun Mahathir you susah nak jawab. bila you looking at old man 93 years old working for the nation so takkan i jauh lebih muda dari dia nak kata no. So i said, Tun i accept but with one conditions, so i letak syarat itu i rasa bersalah.”

Walau bagaimanapun, bekas pegawai SPRM itu akhirnya menyatakan penerimaan beliau menerima tugasan untuk menerajui  badan berkuasa itu. Katanya, “Okay, I accept the job but i come back untuk finish my unfinished job, faham tak? Untuk selesaikan tugas saya yang belum selesai. Okay Tun kata, i will consider no problem and then okay lah”

Katanya, sejujurnya, beliau tidak gembira dengan tawaran diberikan kerana pengalaman ditempuhinya menyiasat kes berprofil tinggi dalam sejarah Malaysia ini amat menakutkan bagi dirinya dan katanya, hampir membawa maut.

Mengimbau masa awal mengambil tugas siasatan 1MDB

Dalam sidang akhbar berkenaan, beliau mengimbau masa-masa awal menerima tugasan menyiasat kes 1MDB. Menurutnya, beliau dipanggil oleh Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia, Tan Sri Abu Kassim pada Julai 2015. Katanya, “dia (Tan Sri Abu Kassim) kata “Shukri open this file and investigate kes 40 juta that was deposited into the former prime minister account” so saya kata tan sri i will do. Sama ada our former PM at that time sama ada PM akan keluar atau kita dua akan keluar.

Semasa menyatakan kegurasan berkenaan, beliau diyakinkan oleh Tan Sri Abu Kassim untuk meneruskan siasatan dengan telus dan berintegriti. Ujarnya, “Tan Sri kata no problem takpa kita buat untuk negara, we do it for our nation.

Semasa menjalankan siasatan berkenaan, beliau berkata, banyak dugaan dihadapi oleh pasukan.

Ujarnya, “Sepanjang siasatan dibuat kami pada masa itu menghadapi tekanan yang kuat, saksi-saksi kami dilarikan, saksi-saksi yang di kawasan pun di ambil oleh autoriti lain untuk ditanyakan apa yang diberikan pada SPRM dan saya sendiri diugut untuk dipecat, diminta untuk bersara awal dan diminta untuk bercuti awal dan diugut diposkan saya di sana sebagai latihan tapi i thanks very much to my friend, big boss pada masa itu, Tan Sri Abu Kassim because he stands behind me, dia support me, he said no whatever happen i dengan Shukri akan pertahankan kes ini. So kalau nak buang, buanglah kami berdua”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here