More
    Home Sarawak Betong Datuk Julaihi bentang 14 usul khas Parti PBB Zon Betong dipersetujui perwakilan

    Datuk Julaihi bentang 14 usul khas Parti PBB Zon Betong dipersetujui perwakilan

    BETONG, 27 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Sebanyak 14 usul yang telah dibentangkan oleh Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Julaihi Narawi di hadapan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada sidang Konvensyen Khas PBB Zon Betong 2020 telah dipersetujui oleh 14 perwakilan.

    Beliau yang juga Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak berkata, kesemua 14 usul berkenaan adalah hasil daripada perbincangan bersama ahli PBB Zon Betong.

    “Usul yang dibentangkan menjelaskan sokongan penuh kepada pucuk kepimpinan Ketua Menteri dalam memperkasakan sektor pertanian melalui teknologi, sokongan kepada pelaksanaan pindaan Kanun Tanah Sarawak yang mempertahankan Hak Tanah Adat Bumiputera (NCR) serta memperhebatkan pembinaan menara telekomunikasi di seluruh negeri.

    “Perancangan untuk membangunkan kawasan pesisir Sarawak dengan pembinaan jalan raya bermula di Tanjong Datu dan diteruskan ke Kuching, Kota Samarahan, Asajaya, Sebuyau, Maludam, Saribas, Pusa, Betong sehingga ke Limbang dengan jumlah panjangnya 896 kilometer akan dilaksanakan serta kos pembinaannya akan ditanggung penuh oleh kerajaan negeri,” katanya ketika berucap semasa Konvensyen PBB Zon Betong 2020 pada Sabtu.

    Datuk Julaihi menyerahkan usul kepada Ketua Menteri

    Ujarnya, PBB memainkan peranan penting untuk membantu Ketua Menteri meneruskan agenda pembangunan yang akan menguntungkan masayarakat luar bandar kerana matlamat beliau adalah untuk memfokuskan kepada pembangunan kawasan luar bandar.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...