More
    Home Projek Lebuh Raya Pesisir Utara bermula awal tahun depan

    Projek Lebuh Raya Pesisir Utara bermula awal tahun depan

    KUCHING, 26 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Projek lebuh raya jalan pesisir utara merupakan kemudahan jaringan infrastruktur yang penting yang termasuk dalam projek pembangunan mega di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) iaitu agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA).

    Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek sepanjang 86 kilometer itu dijangka akan dilaksanakan bermula pada awal tahun 2021 yang mengambil masa 48 bulan.

    Sekitar majlis Makmal Pengurusan Nilai Untuk Lebuh Raya Pesisir Utara di PCC.

    “Projek tersebut sangat penting untuk kesejahteraan ekonomi yang akan memberi manfaat kepada rakyat.

    “Selain itu kerajaan negeri juga turut mencadangkan untuk membina Jalan Penghubung Sarawak (Sarawak Link Road) merentasi Brunei,” kata beliau semasa berucap dalam Majlis Penutupan Makmal Pengurusan Nilai Untuk Lebuh Raya Pesisir Utara di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak, pada Jumaat.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...