More
    Home Sarawak Betong Empat wanita termasuk kanak-kanak rentung dalam satu kebakaran

    Empat wanita termasuk kanak-kanak rentung dalam satu kebakaran

    BETONG, 27 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Empat wanita termasuk dua kanak-kanak dipercayai rentung selepas terlibat dalam satu kebakaran sebuah kedai runcit di Kampung Melayu Dit, Debak sekitar jam 2.45 pagi tadi.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian sekitar jam 2.47 pagi sebelum mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong ke lokasi kejadian.

    “Pihak bomba yang tiba ke lokasi bertindak memdam sisa-sisa api dan menemukan empat orang mangsa yang rentung di lokasi berkenaan.

    “Mayat keempat-empat mangsa itu adalah Sirin Yusof, 60 tahun, Rosni Sari, 23 tahun, Dayang Ina Eset, 10 tahun dan Dayang Ina Arrohan, 6 tahun yang dijumpai dalam timbunan sisa kebakaran kedai terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

    Salah seorang mayat mangsa yang ditemui semasa operasi

    Kesemua mayat mangsa seterusnya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

    Ujarnya, Operasi tamat sepeneuhnya pada jam 5.50 pagi.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    7 blok kediaman pekerja musnah dalam satu kebakaran

    0
    KUCHING, 27 JANUARI 2021 (SNN) : 7 buah blok rumah pekerja binaan musnah dalam satu kebakaran di Bormil Estate Jalan Keretapi di sini pada...