More
    Home Sarawak Samarahan Penduduk Kampung Binyok, Samarahan kini miliki masjid baharu yang lebih selesa untuk...

    Penduduk Kampung Binyok, Samarahan kini miliki masjid baharu yang lebih selesa untuk beribadah

    KOTA SAMARAHAN, 03 JANUARI 2021 (SNN) : Masyarakat beragama Islam dari kawasan Kampung Binyok, Samarahan kini memiliki masjid baharu sendiri setelah pembinaannya siap sepenuhnya.

    Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Daruk Amar Mohammad Ali Mahmud, Masjid yang diberi nama Darul Falah itu dibina dengan kos sebanyak RM850,000 di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) tahun 2018.

    “Masjid baharu ini mampu menampung seramai 140 jemaah dalam satu-satu masa selain dapat menjalankan aktiviti keagamaan dengan lebih selesa.

    “Dengan adanya kemudahan ini, diharapkan penggunaan masjid bukan terhad kepada aktiviti ibadah sahaja namun turut dijadikan sebagai pusat ilmu Islam, musyawarah dan penyatuan ummah di komuniti disitu,” katanya ketika hadir merasmikan Masjid Darul Falah Kampung Binyok semalam.

    Turut hadir sama mengiringi Setiausaha Politik Ketua Menteri, Buang Bolhasan, Pegawai Daerah Asajaya, Rais Ahmat, Penolong Pegawai Daerah Samarahan, Jerry Zannudin Bidin, Pegawai Khas ADUN Stakan, Mohd Ainnie Wahab, Pemanca Bahagian Samarahan, Seli Hasan, Ketua Kaum Kampung Binyok, Zamri Mohi dan Ketua Kaum Ketua Masyarakat Daerah Samarahan.-Sumber UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...